Friday 3 October 2014

Mat Bunga vs Mat Loser!

FILEM: Soekarno
ARAHAN: Hanung Bramantyo
PELAKON: Ario Bayu, Maudy Koesnaedi, Tika Bravani
GENRE: Biografi drama
TAYANGAN: 2 Oktober 2014
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Filem Soekarno adalah filem yang boleh dibanggakan rakyat Indonesia kerana ikon negara itu berjaya menyatukan semua bangsa Indonesia di bawah satu kepimpinan melalui caranya sendiri.

Ia boleh dikatakan sebuah filem yang lengkap bercerita kisah dan perjalanan negarawan itu dari usia remaja sehingga saat proklamasi kemerdekaan diucapkan Soekarno pada 17 Ogos 1945.

Filem ini mempunyai banyak bahasa yang tersirat dan tersurat, malah pada masa sama dapat difahami semua penonton andai mengenali siapa Soekarno dan pengarahnya, Hanung secara zahir.

Disenangi atau mat bunga?
Antara dipaparkan ialah siapa Soekarno dari segi sifat peribadinya. Selain seorang yang yakin diri dan percaya pada permainan psikologi untuk melawan musuh, Soekarno juga dilihat seorang yang menjadi perhatian wanita.

Seawal babak remaja, Soekarno sudah ditonjolkan sebagai lelaki yang sukakan wanita cantik. Babak itu menunjukkan Soekarno jatuh cinta dengan gadis Belanda tapi mendapat tentangan daripada keluarga si gadis.

Dari situ, semangat Soekarno berubah untuk membebaskan bangsanya dari ancaman penjajah. Dari kisah cinta tak kesampaian, dia belajar berpidato dan melawan penjajah dengan kata-kata semangat.

Kemudian apabila dewasa dan berkahwin dengan seorang janda jelita, Inggit yang menjadi pendorong kepada Soekarno meneruskan perjuangannya.

Apabila perjuangannya hampir tiba ke kemuncak, dia sekali lagi diuji dengan wanita. Kali ini Fatmawati yang kini menjadi isterinya kedua.

Pengarah sengaja dengan cara halus menggambarkan sisi marhain ikon itu sebagai seorang yang kuat apabila adanya wanita disampingnya.

Mungkin sebab dirinya yang mempunyai daya penarik kepada perempuan, maka rakyat ketika itu juga mudah menyukainya lantas melantiknya sebagai pemimpin mereka.

Babak paling memberi kesan ialah tatkala Soekarno terpaksa menceraikan Inggit kerana mahu berkahwin dengan Fatmawati. Inggit tidak mahu dimadu tapi pada masa sama masih cintakan suaminya.

Aku tidak bisa bermadu.
*baju belang Soekarno, foto Inggit
di meja solek, refleksi Inggit di cermin dan visual suram
Petanda buruk buat subjek yakni Inggit.
Malam sebelum diceraikan, Inggit sedang berhias depan cermin, manakala Soekarno yang memakai pejama bermotif belang cuba memujuk Inggit. Di situ, penonton yang tahu ilmu bahasa filem pasti tahu, mahu atau tidak, Inggit tetap akan diceraikan.

Babak kali terakhir sebelum Inggit berpisah paling menyayat hati apabila tanpa sepatah kata, Inggit pakaikan songkok pada Soekarno yang cuba untuk memujuk hati Inggit.Inggit hanya menangis dalam pelukan Soekarno dan terus berlalu pergi.



Tapi dalam banyak-banyak babak yang cukup berbahasa halus, pengarah tetap dilihat sengaja menangguk di air keruh apabila memainkan lagu Terang Bulan, lagu yang sama dijadikan lagu kebangsaan Malaysia di babak pertama filem.

Membuatkan penonton akan sedikit terganggu kerana ia satu hal yang agak sensitif di negara ini. Ditambah pula dengan wujudnya babak buluh runcing di babak akhir, ia sikit sebanyak menampakkan ciri sebenar pengarah.

Pun begitu, bagi peminat filem kenegaraan, filem ini tetap sebuah filem yang boleh dijadikan sebuah contoh terbaik di segi pembikinan, lakon layar, lakonan, sinematografi dan subjek yang diangkat.



FILEM: Left Behind
ARAHAN: Vic Armstrong
PELAKON: Nicolas Cage, Chad Michael Murray, Nicky Whelan, Lea Thompson, Jordin Sparks
GENRE: Aksi fiksyen
TAYANGAN: 9 Oktober 2014
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Entah apa yang difikirkan Nicolas Cage apabila sekali lagi berlakon dalam filem yang memburukkan lagi namanya sebagai pelakon berkaliber!
Memang the beginning of your ending la Cage!

Pelakon yang cukup memberi kesan dalam filem aksi sebelum ini seperti National Treasure, Con Air, Face Off malah pernah menggondol Anugerah Oscar 1996 untuk Pelakon Lelaki Terbaik, dilihat semakin jatuh ke dalam lubang kegagalan.

Jujur dikatakan, tidak hairan jika makin ramai peminatnya muak dengan pilihan filem lakonannya kali ini.Beberapa pengkritik antarabangsa memberi komentar ‘busuk’ lagi buruk pada filem ini, terutama pada fizikal filem yang sempit.

Filem Left Behind sebenarnya diangkat dari buku yang agak popular sekitar dua dekad lalu. Walaupun buku yang mengangkat tema agama dan sosial itu berjaya, tapi ia gagal sebaik saja diangkat ke filem.

Apakah penerbit, pengarah dan Nicolas Cage sendiri tidak ambil pengajaran dari filem sama yang pernah diterbitkan tahun 2000 lalu? Filem yang berjudul sama lakonan Kirk Cameron bukan saja gagal, malah paling buruk pernah dihasilkan pada kos yang tinggi!

dan aku kecewa lagi selepas Outcast!
Left Behind, kononnya adalah sebuah filem yang cuba mengajak manusia kembali ke agama (dalam hal ini, Kristian). Malangnya, hubungan itu serta faktor penggerak kepada plot serta dialog yang dilontarkan sangat lemah.

Pengarah gagal menggarap bahan yang ada di depan mata, sekaligus menjadikan Left Behind satu filem propaganda agama yang gagal dengan suntikan lakonan yang membosankan.

Seawal babak, penonton disajikan dengan shot sebuah buku berjudul Act of God, sekaligus menjadi pengenalan kepada penonton bahawa mereka bakal menyaksikan sebuah filem berunsur ketuhanan.

Kemudian, naratif pun mula berkembang ke arah kekeluargaan, mengenai kisah anak yang sedih dengan ketiadaan bapanya.Tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai hal ini dek persembahan yang tersasar dari objektif sebenar filem.

Oleh kerana filem ini berdasarkan karekter yang dikembangkan dengan tujuan keagamaan, penonton disajikan dengan banyak subplot terutama karekter-karekter lain yang cuba disogokkan bersama.

Contohnya, tiba-tiba diwujudkan karekter penumpang beragama Islam yang kononnya pengganas (tipikal!), lelaki kerdil yang menyusahkan, wanita berkulit hitam yang tiba-tiba saja mengeluarkan senapang tanpa asas dan karekter seorang lelaki kaya yang mengambil berat situasi kejadian.

Secara teknikal, filem dengan kos produksi lebih RM 521 juta ini disajikan dengan kesan khas yang menyedihkan, suntingan yang tidak kemas dan sinematografi yang sangat 80-an.

Thursday 28 August 2014

Kek Cawan & Teh Tarik Mamak vs Indian-French Contemporary Cuisine

Salam Khamis
 
Selalunya aku kongsikan ulasan filem dalam ruanganku di Selebriti Metro Ahad. tapi selalunya, ulasan yang dicetak tak sama dengan ulasan yang lahir dari diri aku sendiri sebab faktor suntingan dari editor (*sighh).
 
Jadi, aku kongsikan di sini 'pure' review dari aku mengenai dua filem yang aku anggap menarik untuk diulas.

 
ARAHAN: Woo Ming Jin
PELAKON: Shaheizy Sam, Siti Saleha, Azad Jasmin, Faizal Ismail (FBI), Maria Farida, Natasha Hudson dan AG Hot FM
GENRE: Komedi romantik
TAYANGAN: 28 Ogos 2014

Filem di bawah genre komedi romantik ini memiliki premis cerita yang cantik, visual yang menarik, barisan pelakon yang berkaliber, kesan khas yang unik dan sesuai dengan gaya cerita urban.
  Namun di segi penceritaan dan perwatakan, ia biasa-biasa saja. Ibarat sebiji kek cawan yang dihias begitu cantik dan menarik namun tidak cukup manis dan lemaknya.
  Penceritaan Mamak Cupcake terlalu ringan dan dilihat tidak seiring dengan fizikal filem. Andai diperincikan, suntingan dari babak ke babak terlalu ringkas.
  Ia memberi gambaran seolah penonton hanya membaca sebuah buku bergambar yang dipenuhi dengan warna-warna tertier tapi tiada pengisian yang mampu diserap.
  Di segi perwatakan, ramai yang mempersoal kejujuran Shaheizy Sam sebagai MJ, pemuda berketurunan Mamak yang bercakap Bahasa Malaysia dalam telo India.
  Bunyinya sedikit pelik dan agak keterlaluan. Walaupun dalam satu babak ada monolog MJ bercerita mengenai kehidupan peribadinya pernah membesar di India selama 10 tahun, ia masih belum cukup kukuh untuk penonton mempercayainya.
  Siti Saleha sebagai Juliana pula tidak diberi ruang luas untuk menunjukkan kredibiliti sebagai pelakon filem berkaliber. Aktres itu hanya wujud sebagai watak yang mencantikkan cerita saja.
  Jujurnya, Mamak Cupcake mampu menjadi sebuah filem yang sangat bagus andai diberi penekanan lebih baik pada perkembangan watak dan penceritaan. Ia kerana, filem ini sudah diberi suntikan komersil di sudut ‘production setting’.
  Malah, jalinan dan pertembungan budaya sudahpun ada dalam jalur ceritanya. Antara jelas kelihatan ialah budaya Mamak, percintaan dua bangsa berbeza, kecintaan pada masakan dan beberapa lagi elemen unik.
  Seperti dikatakan, kelemahan filem ini ialah kerana ia terlalu diringkaskan sehingga menghilangkan ‘roh’ filem itu sendiri.
  Kadang-kala membuat kita terfikir, apakah Mamak Cupcake seolah lari dari landasan jalan cerita yang sepatutnya? Bukankah apabila mengangkat kisah cinta pada masakan, jalan ceritanya juga patut menjurus ke arah itu?
  Apa sekalipun, penonton mempunyai lebih hak untuk menentukan filem ini berjaya di mata mereka atau tidak. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.


ARAHAN: Lasse Hallstrom
PELAKON: Helen Mirren, Manish Dayal, Om Puri, Juhi Chawla, Charlotte Le Bon
GENRE: Drama
TAYANGAN: 28 Ogos 2014

The Hundred-Foot Journey boleh dikatakan sebuah lagi filem yang bercerita mengenai cinta pada masakan tapi mempunyai rempah ratus dan bahan yang secukup rasa.
  Bukan cuba mencari kelemahan filem tempatan seperti Mamak Cupcake dengan filem luar negara terbitan Steven Spielberg dan Oprah Winfrey yang berbeza dari segi kos produksi dan teknologi.
  Cuma andai dilihat kembali, kedua-dua filem ini mempunyai kecintaan yang sama, yakni cinta pada masakan. Ia berbalik semula kepada soal penceritaan dan perwatakan.
  Perkara pertama yang menarik mengenai filem ini ialah bagaimana penulis lakon layar dan pengarah membudayakan filem yang mengangkat tema masakan.
  Bahan asas filem ini ialah makanan dan penceritaan filem ini berjaya menonjolkan keistimewaan serta keunikan dalam budaya masakan India dan Perancis.
  Ia sekaligus mengingatkan penulis pada filem animasi Ratatouille yang mengangkat tema sama.
  Hundred-Foot Journey fokus kepada memperkenalkan penonton kepada kepercayaan, gaya hidup dan sikap yang wujud dalam dua budaya berbeza.
  Permulaan cerita agak serius tatkala memperkenalkan setiap karekter, budaya dan obsesi mereka. Tapi sebaik melangkah ke babak-babak berikut, ia menjadi semakin ringan dan mudah dihadam.
  Komedi disuntik juga mudah menggeletek penonton kerana bersandarkan komedi situasi (cara terbaik untuk buat penonton gelak). Dicampur pula dengan dialog ringkas, padat tapi penuh bermakna, ia menjadikan setiap babak komedi tidak keterlaluan.
  Selain komedi situasi, aspek seterusnya pada tarikan filem ini ialah karekter. Setiap karekter ada kepelbagaian dan realistik tersendiri.
  Kebanyakan watak protagonis moden adalah satu dimensi sahaja dan mempunyai satu atau dua kualiti tersendiri terutama sudut fizikal.
  Tapi dalam filem ini, karekter protagonisnya lebih dinamik dan setiap mereka mempunyai impian, kelemahan dan kebanggaan sendiri.
  Seperti biasa, Helen Mirren tetap aktres yang berjaya memberi kesan di layar. Wataknya sebagai chef yang cintakan budaya masakan Perancis tapi tegas mengingatkan penonton kepada situasi yang memang wujud di dapur restoran lima bintang tradisional.
 Lakonan Om Puri sebagai tukang masak masakan India yang mahu mengembangkan budaya masakannya di negara asing juga mengingatkan penonton kepada kesungguhan yang memang wujud pada mereka yang cuba ‘survive’ demi keluarga.
  Filem ini bermain dengan banyak metafora melalui alatan masakan dan muzik dua budaya. Pendek kata, jika anda seorang yang sukakan cabaran, budaya dan masakan pada satu masa, The Hundred-Foot Journey adalah filem pilihan terbaik!
 

Friday 22 August 2014

Zahir ku hidup, Batin ku mati


Salam Jumaat,
 
 
Lately dalaman aku agak down dan tak bermaya. Entah lah kenapa... banyak faktor yang aku rasa mengundang kepada rasa ini. Salah satunya pasti masalah bipolar disorder aku.
 
Sebenarnya, saat ni aku terlalu rindu pada seseorang. Rindu amat sangat sampai termimpi-mimpi. Dia antara cinta hati yang hingga kini tidak dapat aku lupakan. Tapi apakan daya, masa tidak boleh berputar. Biarpun menangis air mata darah sekalipun, dia tidak akan kembali.
 
Nak cakap lebih pun, ia sudah menjadi sejarah. dan ya! aku memang suka hidup dengan kenangan walaupun hakikatnya ia bukan situasi yang elok.
 
Hari ni juga hari bersejarah buat negara apabila 20 jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam insiden MH17 dibawa pulang ke pangkuan masing-masing.
Seperti mana insan lain yang punya hati dan perasaan, aku juga menangis. Malah air mata aku dari pagi tadi masih belum kering sepenuhnya...aku cuba sembunyikan dengan ketawa dan berjenaka dengan kawan-kawan, tapi hanya sekejap...dari aku, Takziah kepada kaum keluarga dan saudara mara mangsa.
 
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Friday 8 August 2014

Formula menjadi Jutawan Dunia dan Akhirat!

*foto diambil ketika lawatan penulis ke Masjid Baiturrahman, Banda Acheh tahun lalu.
 
 
Saya kongsikan artikel yg sangat baik :
 
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB... (Tulisan Dato Roslan Abd Hamid)

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an.....

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .

Yang jauh mari dekat! Yang dekat mari rapat!!

Salam Jumaat...
 
 hari ini takde lah rasa lemau sangat. syukur everything went well walaupun ada gak sipi2 kelam kabutnya. but as usual ada beberapa story nak kongsi hari ni.
 
aku dapat tawaran buka booth lagi, ada dua tempat yakni satu di Kuantan pada hujung bulan ni dan satu lagi pada November ini di Shah Alam. syukur Alhamdulillah sebab dapat peluang ini sekali lagi.
 
nak jual apa tu...hmm tak sure lagi sebab si Achik tak dapat nak join carboot sale kat Kuantan, adik kawin katanya! (dia nak kahwin bila tatau..ehh)
 
so mungkin aku terpaksa berjuang sorang diri berniaga di sana. besar kemungkinan aku akan bawa #gobokkain ke sana. dengarnya, hotel tak disediakan, so haruslah jawabnya aku menumpang rumah sesapa jap..hehehe .. tapi tidur dalam kereta pun, ok gak..bukan tak biasa, kan?
 
untuk di Shah Alam, sedang dalam proses pre-plan lagi sebab ada lagi kurang lebih dua bulan lagi. terima kasih kepada 'sayang' sebab bagi peluang dan booth free sebagai balas jasa katanya.. wahh gitcheww..
 
Apa pun..harap dapat sokongan semua. kalau rezeki lebih, kita berkongsi ye..
 
Oh ya..sesape yang rasa-rasa nak join #siniadafest di stadium malawati shah alam pada 1 & 2 November ini, sila hubungi no telefon tertera ya!

Wednesday 6 August 2014

#OOTD

Haaa..tengah asyik ketuk story untuk minggu depan, tiba-tiba teringat yang semalam punya berangan..
 

nak kata berangan, tak jugak tapi ia lebih kepada 'pre-planning' kepada satu lagi projek. but bukan projek drama ke filem (itu pun ada, insha Allah), tapi ini projek fashion line sendiri.
 
Perkara ni aku dah lama teringin nak buat (habissss semua kauuu nak buat aihh!!) tapi masa je takde dan ongkosnya pasti le problemo jugak lah..hehe..
 
But one day masa sesambil berniaga buka boot kereta masa bulan puasa hari tu, aku chit chat lah dengan si Achik Ezam pasal projek ala-ala fashion line ni.. kami setuju utk bikini (mesti korang terkejut kan? ahhh..bikini?! haha..saja nak typo bagi mata cerah petang2 ni!) dan proceed benda ni Insha Allah, end of this year. So, by next year akan bermulalah era baru dalam industri fashion tempatan (pheeewittt!)
 
nak jual apa?! haaa..sabaq ceq naa...dah betul2 jadi dan dapat modal, akan kami buat sidang media besar-besaran..hahha (gelak jutawan!.. ameen!!)
 
Apa sekalipun, dalam apa saja usaha kita buat, tak kisah lah projek singgit ke projek juta-juta ke, nawaitu kita tu penting! Kalau nawaitu kita betul, Allah akan bagi cara betul.
 
Ok lah! Selamat berbuka puasa sunat Syawal!
 
 
*sorry, aku takkan berblog sgt pasal isu politik or boikot or perang or apa-apa isu popular berkaitan sebab dah banyak sumber dan pendapat dah, so baca je lah mana sumber yg ada. blog aku ni ringan-ringan wind of fortune je!

Camera rolling & Action!!


Dah pukul 3.40am tapi tak leh nak tidur. So, tetiba nak buat nukilan sikit pasal hari ni.

Tadi lepas kerja, terus pergi meeting dgn member pasal projek baru... Alhamdulillah ada beberapa perkembangan menarik. Tapi sorry la tak dapat nak kongsi sangat, sebab benda tak confirm lagi.
 

pun begitu, boleh la share few hints dan harap korang dapat la doakan yang terbaik ya! kalau ada rezeki, aku kongsi dengan semua. sikit ke banyak, tak penting. yang penting syukur je.

ingat tak hari tu ada kongsi pasal kerja2 production? haaa.. Alhamdulillah setakat ni, ada sikit cahaya biarpun agak suram huhu... insha Allah, jika tiada aral ada dua projek realiti show akan jalan back to back. satu end of this year, satu lagi middle next year. 

satu lagi khabar gembira (pun tak dapat nak sahkan lagi) dapat ruang manage our own channel tv. insha Allah tunggu feed back n result je skang ni. 

bila semua dah confirm dan memang Allah takdirkan rezeki kami, insha Allah aku akan betul2 nak fokus pada benda ni. bukan apa, broadcasting adalah passion aku sejak dulu. journalist pun sama, tapi sampai bila nak kerja makan gaji kan? so, nak tak nak, kena usaha lebih untuk capai impian kita.

nak menyesal pun tak guna dah masa keluar dari broadcasting field ke journalism sebab kononnya faktor kewangan, kahwin & family. tapi bila dah back to single, aku nak kutip balik apa yang dah aku tinggalkan dulu & start back. now, aku nak kutip pengalaman sebanyaknya, contact seramai mungkin, belajar setungkus lumusnya utk start this business back.

*lagi pun, salah satu impian aku memang nak jadi director filem by age 40!.... hmmm sempat ke tak, tak tau lah!

but seriously, byk sgt pengalaman dan benda aku dah buat dalam hidup aku ni. syukur Alhamdulillah kerana Allah bagi bagi semua ilmu ini.

... oh ya! show minggu depan kat Pulai cancel, so boleh la aku pi open house sesape.. sila jemput ya!

adios! wasalam.