Tuesday 5 August 2014

TAK SEMPAT PECUT

saja nak kongsi news lama..

KUALA LUMPUR: Tak sempat melarikan diri, lima pemandu teksi eksekutif yang menunggu penumpang di Jalan Sultan Ismail dikepung sepasukan penguatkuasa dalam Operasi Halang ke atas kenderaan pengangkutan awam dan perdagangan di ibukota, semalam.
   Mereka adalah sebahagian daripada 152 pemandu pengangkutan awam dan perdagangan yang disaman berikutan pelbagai kesalahan mengikut undang-undang Kaedah Lalulintas Jalan 1959.
    Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohd Irwan Abdullah, berkata 40 bas disaman dan ia paling tinggi dalam operasi itu.
    "Ini diikuti 16 teksi manakala selebihnya kenderaan persendirian. Antara kesalahan yang dilakukan adalah menghalang lalulintas, meletak kenderaan di garisan kuning dan siar kaki serta mengeluarkan asap berlebihan" katanya dalam sidang media selepas operasi itu.
    Operasi Halang Siri Satu 2010 (Ops Halang 1/2010) itu membabitkan 44 anggota dari lima agensi penguatkuasa iaitu Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen.
    Dalam pada itu, Ketua Operasi Ops Halang 1/2010, Timbalan Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Ashari Ahmad, berkata operasi itu adalah kesinambungan lima siri operasi yang sama dijalankan sepanjang tahun lalu.
    "Selain Jalan Sultan Ismail, operasi turut dijalankan di Jalan Kasturi, Jalan Tun H.S.Lee, Jalan  Melaka, Lebuh Pasar dan Lebuh Ampang.
    "Lokasi ini dipilih kerana ia menjadi tempat tumpuan segelintir pemandu bas dan teksi yang gemar menunggu penumpang" katanya.
    Sementara itu, Irwan berkata, DBKL akan meminta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk mengkaji semula pemberian permit kepada pengusaha dan pemandu pengangkutan awam yang didapati banyak melakukan kesalahan.
   Ini berikutan segelintir daripada mereka yang degil didapati melakukan kesalahan berulang.
   Beliau menganggap kompaun tidak melebihi RM300 yang dikenakan kini seolah-oleh tidak diendahkan.
   "Kami menyeru semua pihak terbabit untuk mematuhi undang-undang bagi mencapai hasrat kerajaan memastikan pengangkutan awam berada di tahap terbaik demi keselesaan pengguna lain" katanya.

No comments:

Post a Comment