Monday 21 May 2012

Inspirasi Daripada Sakit Jiwa

setiap duka yang melanda, pasti ada hikmahnya”

Bipolar Dissorder. Saya pernah mendengarnya sebelum ini. Ia adalah masalah psikologi yang dibahagikan kepada dua tahap – Tahap 1 dan Tahap 2. Pada setiap tahap, ia dipecahkan pula kepada beberapa klasifikasi lain – Depression, Mania dan beberapa lagi. Pernah terlintas di fikiran yang saya mungkin mengidap penyakit ini kerana ia menjelaskan kekurangan skil sosial saya pada beberapa ketika. ’Mood swing’ daripada kesedihan kepada kegembiraan pada masa-masa tertentu. Perubahan sikap yang kadang kala penuh bersemangat kepada kemalasan tahap maksima. Pemarah pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan perubahan sikap positif dan negatif bersilih ganti.
Tetapi saya tidak mengambil serius hal itu kerana beranggapan ia perkara biasa dalam hidup manusia. Namun apabila beberapa orang rakan mula berbincang mengenai topik itu, saya mula tertarik mahu memeriksa lebih lanjut. Saya melayari internet dan melakukan carian mengenai penyakit itu secara terperinci, sehinggalah saya bertemu dengan sebuah laman web di mana kita boleh mengambil kuiz bagi mendiagnosis Bipolar Dissorder. Tanpa berlengah saya cuba menjawab soalan-soalan yang tertera.
Beberapa soalan kuiz begitu sinonim dengan diri saya. Saya tersenyum sendiri, beranggapan sudah pasti ia memberi saya markah yang tinggi pada skala Bipolar Dissorder.
Selesai menjawab kuiz, saya terkejut dengan markah tinggi yang diperolehi. Kuiz yang dijawab secara online itu tidak sepatutnya dianggap sebagai diagnosis formal untuk saya. Tetapi markah yang tinggi itu seolah-olah memberi satu petanda. ”Kamu berkemungkinan besar mengidap Bipolar Dissorder Stage 2 Manic Depression” Ayat itu tertulis di skrin komputer pada bahagian akhir kuiz!
Kemudian saya melihat pula pada senarai am yang terbahagi kepada dua tahap, iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Saya mendapat markah lebih daripada purata bagi semua Tahap 1, kecuali satu dua soalan saja. Mungkinkah saya pengidap Bipolar Dissorder Stage 2? Mengapakah selama lebih 30 tahun ini, saya tidak mengetahui semua ini?
Saya mula membaca catatan terperinci di laman web itu dan teruskan carian di laman lain pula menggunakan carian sama, siapa yang pernah lalui, bagaimana ia berlaku dan bentuk rawatan. Ia begitu menakjubkan walaupun pada ketika itu perasaan saya sedikit terganggu. Perkara yang sebelum ini saya rasakan biasa dan normal adalah petanda kuat bagi pengidap Bipolar Dissorder. Saya mula berfikir, patutlah saya dilanda pelbagai masalah ketika berhubungan dengan orang sekeliling, di tempat kerja dan cetusan rasa yang dilontar. Rupa-rupanya, saya bertindak dan berfikir melalui perspektif berbeza. Penemuan itu membuatkan saya mengorek lebih terperinci, membaca maklumat itu membuatkan saya seolah membaca kisah hidup sendiri.
Perasaan pertama yang menerpa adalah terkejut dan terganggu. Tapi perlahan-lahan saya berasa lega kerana akhirnya memahami punca perubahan sikap dan tindakan saya. Pun begitu, kelegaan itu juga disertai perasaan kecewa. Saya kecewa kerana kini mengetahui saya mengidap sejenis penyakit. Selepas penemuan memeranjatkan itu, saya terus membuat temujanji dengan doktor psikiatri di HUKM untuk mendapatkan pengesahan secara profesional. Memang sah! Saya mengidap Bipolar Dissorder Stage 2 Manic Depression!
Perasaan terkejut masih bertapak dalam hati saya. Saya terkilan dan kecewa kerana selama ini saya tidak mengetahui mengenai penyakit ini. Padahal Bipolar Dissorder boleh dikesan seawal umur remaja. Barangkali hidup saya lebih mudah sekiranya penyakit ini dapat dikesan lebih awal. Mungkin lebih mudah untuk saya belajar mengendali kekurangan ini dan belajar bagaimana pemikiran saya berbeza daripada orang sekeliling. Baru saya dapat memberi pemahaman kepada orang lain mengenai sindrom ini. Pasti saya tidak hilang ramai kawan sekiranya mengetahui lebih awal. Pasti juga saya tidak mengecewakan lebih ramai insan di sekeliling saya sebelum ini. Pasti saya juga tidak sebegini terluka dan kesunyian.
Sebahagian daripada diri saya mahu menyalahkan penyakit ini, terutamanya apabila berfikir semula penderitaan yang ditanggung selama ini. Juga kesannya kepada mereka yang saya sayangi. Namun saya tahu, masa tidak boleh diputar semula. Kedukaan ini sudah berlaku. Saya hanya berharap pada masa depan yang lebih baik. Realitinya tidak mudah untuk saya berubah pada usia menjangkau 30-an tahun ini.
Tetapi ilmu pengetahuan adalah segala-galanya. Kini saya mempersiapkan diri dengan pemahaman yang tinggi mengenai diri sendiri dan juga orang lain. Saya optimis ia dapat membantu.
Dalam tempoh itu, saya menangis tanda syukur. Saya melihat penyakit ini sebagai satu kelebihan dan bukan kekurangan. Saya tahu saya boleh mengubah daripada tahap mania ke akut dan normal jika saya terus melihat ia sebagai kekuatan. Saya tahu saya tidak perlu lagi menjadi pengidap Bipolar Dissorder Stage 2 Manic Depression tapi hanya pengidap Bipolar Dissorder Stage 2 sahaja. Membuang jauh definisi sinis yang lebih menjurus kepada sifat negatif tekanan dan kegilaan.
Penyakit ini satu kelebihan kerana saya kini lebih memahami beberapa orang kawan saya yang turut berdepan dengan diagnosis sama. Mereka kini adalah kawan rapat saya, kami memahami dan mengambil berat antara satu sama lain.
Saya menangis kesyukuran apabila terkenangkan mereka. Ada dua perkara yang jelas pada saya sekarang. Pertama, saya kini lebih memahami pengidap Bipolar Dissorder kerana ia boleh dilalui dengan cara positif. Kedua, berbanding dengan pengidap Bipolar Dissorder lain, saya lebih mudah berkomunikasi dengan mereka yang memiliki kedua-dua tahap. Oleh itu, saya umpama jambatan penghubung antara mereka.
Sejak kebelakangan ini, saya mula sedar keupayaan diri bagi membantu pengidap Bipolar Dissorder yang serius. Tidak ramai mempunyai kemampuan ini. Saya berupaya memberitahu rakan-rakan Bipolar dan normal mengenai cara mereka berfikir dan bertindak, juga apa yang diharapkan daripada mereka. Ini kerana saya sendiri sudah mengalaminya dan sedang menjalani perubahan itu.
Saya akui kadang kala saya ada melakukan kesalahan dan ia menyakitkan. Namun saya berjaya menangani cabaran-cabaran yang mendatang dan percaya setiap cabaran itu ada hikmahnya tersendiri. Saya berkongsi ilmu tidak seberapa ini dengan kawan-kawan Bipolar dan menjelaskan kepada mereka dan orang luar dengan cara yang mudah difahami.
Bipolar Dissorder yang saya hidapi diharap menjadi jambatan penghubung antara pengidap dan orang normal. Tatkala memikirkannya, saya menangis kesyukuran atas kurniaan dan anugerah yang tidak disangka ini.

2 comments:

  1. Alhamdulillah kamu dah dptkn rawatan dr hukm..saya di diagnos bipolar dr tahun 2008 pada umur 27tahun..boleh lawat blog yg lama saya tak update..penyakit ini tak boleh di rawat kalau tak ada hati n azam yg kuat..kepercayaan kpd Allah membantu saya menjadi lebih terkawal..saya tak bercakap kosong..tp itulah yg saya pegang..first relaps pd tahun 2008..second 2011..relaps tahun 2011 pun atas sebab miscarriage second baby..Alhamdulillah sekarang saya pregnant lagi dan tgh tggu due date this coming november...bykkan zikir bila otak tak mahu berhenti berfikir..bykkan syahadah terutamnya dlm hati..bila bipolar bakal menyerang, detact seawal mungkin..jumping tots..sukar tidur..byk idea..dan terus inform org yg paling rapat n paling memahami..just to inform them that u can feel it' s coming..then cuba jgn skip ubat..hukm boleh bg rate reasonable n kdg2 kalau layak boleh dpt free..saya sekarang ambil seroquel xr..dulu b4 xplan nk pregnant amik epilim pun ok (lebih murah)..sbnrnya bipolar ni kena belajar rileks inside n outside..feel free to browse my blog www.natsukoteriyaki.blogspot.com kita patut bersykur yang kita ada Allah yang Maha Mengetahui sbg tuhan kita..and kita ada Al-Quran utk kita refer..so jgn rasa terlalu down.. :) sebenarnya Allah duga sbb Allah sayang..n actually saya selalu rasa bersyukur kerana ini cara Allah nak hapuskan dosa2 saya.. Ïnsya Allah..Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. alhamdulillah en dapat menerima penyakit ini. seperti saya yang mula disahkan menghidap bipolar mood disorder type 2 semasa 16 tahun dan agak sukar untuk belajar. alhamdulillah Allah mudahkan saya walaupun mmg perit :)

      Delete