Thursday 17 May 2012

Bipolar Dissorder & The Dilemma

I'm not going to write down every single meaning of Bipolar Disorder, the effect or medical definition on that matter (tho' i might touch a lil' bit just to make sure, what i'm dealing with)

Jujurnya, i was diagnose with Bipolar Disorder. Sounds great right? I mean the name of it, even when i'm pronouncing it, sounds soooo classy.. walaupun bunyinya macam best! Rasa dan sadurannya macam 'haram'!
 
Aku rasa sudah sampai masanya untuk aku leraikan kekusutan yang aku rasakan sekarang. Terutama kekusutan mentaliti yang dialami seorang pengidap Bipolar Dissorder Stage 2 with Manic Depression, macam aku! Yesss ME!!

  Pertama sekali, aku mohon maaf jika bahasa-bahasa yang bakal dan sudah aku gunakan agak kasar, kerana pada tahap ini diagnose aku hampir mencapai Bipolar Dissorder Stage 1 with Manic Depression. Bila mencapai Stage 1, perkara-perkara di luar akal akan mula berlaku; antaranya - sikap berubah secara drastik, 'the end of the world!', rasa diketepikan dan tidak diperlukan, mula fikir untuk mati dan perkara terakhir terburuk akan dilakukan pengidap Bipolar Dissorder Stage 1 (i mean stage 1 = tahap satu!) ialah bunuh diri!
  Ya! Bunuh diri! aku sudah hampir mencapai tahap itu dan sudah mula memikirkannya. Pada saat ini, aku mula jadi tak tentu arah. Aku mula rasa dan fikir, perkara terbaik ialah mati. Tidak lagi menyusahkan semua orang, tidak lagi mendengar leteren dan kata-kata menyakitkan, tidak lagi perlu rasa sedih atau marah.
  Pada tahap ini, hanya rasa negatif saja yang hinggap - marah, sedih, kecewa dsb. Aku menangis setiap hari, aku memberontak setiap waktu, aku marah setiap saat - setiap kata-kata dan tingkah laku aku mencerminkan semua rasa itu.
  Semalam, aku menghantar sms kepada mereka yang aku sayang, mengatakan maaf kerana aku mungkin terpaksa mati dalam keadaan hina!
  Sorry to say, I have heard lods of nasihat, sampai otak dan telinga aku ni dah tak dapat nak terima. Sudah terlampau penuh dengan pengulangan nasihat2 sama - berkaitan agama, berkaitan hukum hakam, berkaitan membuatkan orang sekeliling kita sedih dan sebagainya. Maaf, tapi memang aku sudah serabut!
  Kenapa? Sebab tak semua faham apa yang aku lalui dan rasa. Mereka hanya mahu bercakap tanpa mahu mendengar! Terlalu ramai berlagak pakar motivasi berbanding duduk dan diam.
  Paling aku sedih bila saat aku seperti ini, orang yang aku sayang terutamanya keluarga dan isteri, hanya mampu diam. Mereka seolah terikat kaki dan tangan untuk membantu. Mereka hanya tahu bercakap, bercakap, bercakap dan terus bercakap. Apa yang aku inginkan sebenarnya ialah mendengar mendengar mendengar dan mendengar. Aku minta maaf kerana berkata begitu kerana itu yang aku rasa beberapa ketika ini.
  Hanya mereka yang faham dan pernah lalui apa yang akui sekarang ini saja yang tahu. Terutamanya mereka yang pernah mengidap Bipolar Dissorder ini. Cuma, kalau yang dah tak jumpa jalan tu, maksudnya mereka sudahpun memilih mati sebagai jalan terakhir.
  Seorang pengidap Bipolar sebenarnya perlukan support group, tak kisah daripada mana-manapun (Keluarga, kawan-kawan, jiran, saudara mara)
 Seorang pengidap Bipolar perlukan kata-kata motivasi berunsur positif bukan provokasi dan luahan ketidak puasan hati.
 Seorang pengidap Bipolar perlukan insan yang mahu mendengar setiap butir kata-kata yang diluahkan.
 Seorang pengidap Bipolar tidak mampu berfikir secara waras bila emosinya mula dikacau walaupun dalam dirinya tahu perbuatan itu salah, kerana seorang pengidap Bipolar tidak mampu mengawal psikologinya secara khusus.
 Seorang pengidap Bipolar juga mempunyai personaliti berbeza pada tahap-tahap tertentu bergantung kepada environmentnya.
Seorang pengidap Bipolar sering dianggap terlalu ikut perasaan dan suka berdrama walaupun hakikatnya jauh dalam hati itu bukan dirinya.
  Pada tahap ini, aku suppose to bergantung kepada beberapa jenis ubat yang sudah dan wajib diambil. Malangnya kekangan kewangan dan ketidak fahaman sesetengah individu membuatkan aku sudah hampir setahun meninggalkan ubat-ubatan. Kalau diikutkan kata doktor, aku tak boleh 'skip' kerana akibatnya... macam yang aku alami sekarang lah!
  Nampaknya kata-kata doktor sudah terbukti dan aku sedang rasakan tekanan dan akibat2 itu. Sepatutnya pada kala aku  dalam keadaan ini, aku ditemani isteri dan keluarga tapi kerana mereka tidak faham dan terus menerus menyalahkan aku sebagai kuat berdrama dan terlalu ikut perasaan, aku terpaksa lalui sendiri.
   Buat masa ini, beberapa buka motivasi dan mendampingi orang-orang positif banyak membantu aku mengurangkan kesan impak. Tapi percayalah, itu semua hanya sekejap kerana paling penting sokongan daripada keluarga yang benar-benar boleh membantu!
 

Tunggu masa saja, bila agaknya akal aku ini akan betul-betul hilang fungsi dan seterusnya menamatkan jiwaku sendiri!

7 comments:

  1. Salam bro... banyakkan bersabar, kuatkan iman... masalah xpernah lari bro... banyak lagi kawan2 yg punya hati yg baik bro... yg penting, respect diri sendiri...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya LuVReD masih belum faham dengan keadaan yang sebenarnya2... teruskan teruskan... supaya punca dan sebab utk masa hilang fungsi berfikir lebih cepat tamat.

      Delete
  3. https://www.facebook.com/groups/127252229745/

    Jemput join group nie bro

    ReplyDelete
  4. Salam bro...aku simpati dgn kamu dan amat faham apa yg kamu lalui

    ReplyDelete
  5. As salam. We share the same diagnosis. I am there,perhaps i could understand. Furthermore i work in medical field. Dear member sekapal,aku dah lalu apa kau lalu. Aku xnak nasihat,tapi just so u know,aku akan fight bipolar ni,kerana aku ada Allah. Solat penenang aku. Ubat seroquel mcm kau dan blambak lagi,aku ada n dapat free,kat institut mental kerajaan,aku x penah masuk wad kerana tu bole kacau kerjaya aku. Geng,aku harap ko idup lagi skarang. Fight kerana Allah.

    ReplyDelete