Thursday 29 March 2012

Keputusan tanpa rela, berperang dengan diri

Dalam tak sedar aku baru saja melakukan satu perkara di luar jangkauan. Jauh dalam sudut hati, aku tahu perbuatan dan tindakan aku ini salah. Mengguris hati banyak pihak dan meninggalkan kesan yang amat mendalam.
Sejujurnya, aku sedang berperang dengan diriku sendiri, tapi setiap siri peperangan yang aku lalui, aku tewas. Hanya satu dua saja yang aku berjaya depani.
Bukan mudah apabila aku terpaksa mengerah tenaga keringat dan jiwa untuk lalui setiap siri peperangan ini. Apatah lagi, bila aku terpaksa berjuang secara sendiri.
Bukan tidak ada yang mahu membantu, tapi mereka tidak faham dengan corak peperangan ini. Hanya doa dan berserah pada ketentuanNya sahaja mampu aku lakukan sebagai pedinding diri.
Dalam pada ini, aku melihat setiap manusia di sekelilingku, mereka juga sedang lalui peperangan tapi dengan cara tersendiri. Ada yang tewas malah ada yang separuh mati. Hanya sikit saja yang berjaya bergelar pahlawan sejati, yakni mereka yang redha dan berserah kepada Allah Yang Satu!
Berbalik pasal keadaan aku, aku kini terpaksa kembali ke laluan asal untuk mencari kekuatan yang pernah ada dalam diriku sebelum ini.
Memang bukan mudah, bersendirian menempuh hidup dalam ranjau berliku seperti mana aku lakukan hampir 12 tahun lalu. Ketika itu, aku bsrjaya menemui diriku yang kuat dan penuh semangat. Walaupun dikala usiaku kini yang sudah menjangkau 30an, aku perlu meletak kepercayaan pada diri yang aku mampu mengubahnya.
Aku berdoa supaya Allah temukan aku jalan 'itu' yang psrnah aku lalui dulu.. Semoga Allah terus memberi kekuatan untukku.. Amin! Amin!Ya Rabbul al-amin!

No comments:

Post a Comment