Monday 5 March 2012

peluang kedua


PERNAH dengar ungkapan 'tolong berikan ku peluang kedua”? Pasti pernah. Tapi siapa dan mengapa peluang kedua diminta, bergantung kepada diri sendiri. Bagi aku, peluang kedua sering menjengah ke dalam kamus hidup. Baik daripada segi kerjaya, cinta, kehidupan dan cita-cita, ia tidak pernah pudar.

Cuma hadirnya dalam pelbagai bentuk sama ada disedari atau tidak. Dalam hal aku, jujurnya aku sedar. Tapi malangnya, banyak peluang kedua yang datang sekadar hinggap melepas lelah sebelum terbang meniti awan mencari penerima yang mahukannya.

Baru-baru ini aku mendapat peluang kerjaya di tempat lain, secara jujur aku masih was-was untuk terima kerana aku selesa di sini. Tapi sebaik saja prestasi aku mula menurun kerana 'situasi' yang sedang menimpa diriku sejak kebelakangan ini, aku mula terfikir untuk menerima tawaran itu. Bukan kerana aku mahukannya, tapi kerana aku mahu lari daripada terus digodam perasaan bosan dan diketepikan dari status sosial.

Tawaran itu seolah dejavu buatku kerana sebelum aku bekerja di sini, aku juga dilamar pihak atasan tempat aku bekerja sekarang. Hampir setahun aku simpan tawaran itu kerana memikirkan minat yang lebih mendalam dalam bidang penyiaran. Tapi dek tanggung jawab semakin besar, aku terima jua dengan hati yang kurang selesa.

Sehinggalah selepas dua tahun bergelar penulis, aku dilamar pula sebuah stesen radio untuk berkarya di sana. Sekali lagi, perasaan itu datang. Tapi tidak sekuat dulu kerana di sini, aku bukan lagi menjadi liabiliti mereka.

Aku masih berkira-kira untuk terima. Tapi CEO sana sudah berkali-kali bertanya. Aduh! Stress aku dibuatnya... haruskan aku terima ini sebagai peluang kedua atau mungkin ini hanya permainan perasaan yang mana aku ibarat takut pada bayang-bayang sendiri?

Jujurnya, aku tidak tahu. Telan mati emak, luah mati bapak, aku bimbang hanya kerana mahu lari daripada suasana yang aku anggap bosan di sini, aku akan memusnahkan kredibilti aku sendiri.

Percayalah, sampai sekarang aku masih belum mahu membuat keputusan. Hanya nantikan saat dan klu sesuai untuk aku bertindak!


*Ya Allah, keluarkanlah aku daripada kekusutan ini.. amin!

No comments:

Post a Comment