Saturday 3 March 2012

Jika bukan hak kita, seribu tahun pun takkan mungkin...

ISU yang ingin aku kongsi kali ini ialah berkaitan rezeki. Umum tahu, rezeki itu hak Allah untuk tentukan, jika Allah takdirkan itulah rezeki kita, maka pasti tertulis sejak azali.
Ada yang sanggup berkorban semata-mata menuntut hak rezeki. Bila gagal diperolehi, kita sebagai manusia pasti kecewa, sedih, marah dan seumpama dengannya.

Aku pasti ramai yang tidak puas hati bila usaha dan keringat dicurah untuk mencari rezeki tiba-tiba terlepas. Ibarat merpati terbang hinggap di tangan, belum sempat nak genggam, merpati terbang tinggi.
Seperti itu jugalah halnya berkaitan rezeki. Jika Allah sudah takdirkan bukan rezekiku, samada ditolak ketepi dek hasutan atau hasad dengki, maka aku sebagai hamba wajib terima qada' dan qadar.

Aku tak nafikan, perasaan sedih, geram, kecil hati, tawar hati dan marah bergelumang hebat di dalam diri. Tapi apakan daya, jika itu bukan rezeki, tidak ada apa lagi dapat aku lakukan.
Apa yang penting, aku perlu terus berusaha untuk mendapatkan rezeki lain. Aku yakin, rezeki tidak mungkin datang melayang seperti biasa. Di masa depan, ia boleh datang bergolek atau mungkin juga merangkak atau mungkin berlari.. Segalanya mungkin.
Yang penting, setiap tugas mencari rezeki perlu ikhlas dan nawaitu yang jitu.

4 comments:

  1. go for it brahhhh!!!!!!!take a new challenge and show off everything u got!!!

    go go burlesque!!!!

    eh tetibe

    ReplyDelete
  2. tepuk dahi tanyala hati..adakah rezeki dicari hinggakan meninggalkan solat 5 waktu,adakah rezeki dicari hinggakn abaikn untuk ibu bapa suami isteri atau anak2?adakah rezeki dicari hinggakn terabai tjawab kepd suami isteri dan anak2 atau adakah rezeki dicari hinggakn tersadung dr landasanNya..yg paling utama,adakah rezeki dicari kerana Allah atau kerana diri sendiri?marilah sama2 kita bermuhasabah diri.
    >>hanya ingat mengingati sesama kita..

    ReplyDelete
  3. Ezam... Ko dah salah entry ni..haishhhhhh...

    ReplyDelete
  4. Adi tekno... Benar apa dikata.. Tidak ada salahnya dan tidak ada kurangnya... Semoga jadi peringatan buat kita semua.. ;)

    ReplyDelete