Monday 5 March 2012

Kisah Seorang Pencinta...


Ada satu kisah pencinta yang aku nak ceritakan di sini.. *tak ada kaitan dengan aku ok!

  Edy ialah seorang lelaki kasanova bermata keranjang yang sentiasa terpikat dengan kecantikan fizikal seseorang. Hampir setiap hari dia akan melayari laman sesawang semata-mata mencari makhluk ciptaan yang cantik di matanya untuk dijadikan pemuas nafsu, dan setiap kali itulah dia tidak pernah gagal. Hampir setiap minggu dia akan mengaturkan pertemuan dengan mangsanya dan diajak pulang ke rumah yang terletak di sebuah kawasan elit di pinggir Kuala Lumpur. Ditakdirkan suatu hari  Edy bertemu dengan Nain, seorang pelajar tahun satu dalam bidang Kimia dari Uni Malaya yang memiliki ciri-ciri pemuas nafsunya. Dijadikan cerita, selepas bertemu, Edy mengajak Nain pulang dan melampiaskan nafsu masing-masing tanpa kenal dosa pahala.
  Setelah pertemuan itu, Nain memperkenalkan pula kepada rakannya Amly yang masih belajar di UTM, Skudai tetapi sedang bercuti di kampungnya di Klang. Setelah Edy memulakan sapaannya melalui sms, Amly menjawap dan menunjukkan minat yang sama terhadap Edy. Maka pertemuan kali pertama diatur di sebuah restoran mamak di sekitar Pandamaran. Mereka berbual dan bertukar cerita. Entah kenapa, Edy merasakan dirinya mula terpikat dengan anak muda itu. Malah Amly juga menunjukkan perkara yang sama terhadapnya. Setelah beberapa pertemuan, perasaan kasih dan sayang mula berputik dan mereka mengisytihar diri sebagai pasangan kekasih. Alangkah indah perjalanan kisah percintaan mereka pada ketika itu.
  Tapi langit tidak selalunya cerah, sesekali awan mendung mula berarak. Tapi kesetiaan yang ditunjukkan Almy terhadap Edy tidak pernah berbelah bagi. Walaupun Edy amat menyintai Almy, dia tidak dapat membuang sifat buruknya sebagai kasanova sampailah ke saat itu. Bagi Edy, Almy akan tetap di hatinya walaupun sifat dan sikap buruknya sukar dikikis dek sudah sebati dalam kehidupan sehariannya. Bagi Almy yang dahagakan kasih sayang Edy, kini mula pudar kerana sikap buruk yang masih diamalkan Edy. Penjelasan demi penjelasan diberikan Edy betapa dia cuba sedaya upaya untuk membuang sikapnya itu, dan betapa dia perlukan masa. Almy mula sedar, cinta Edy selama ini tidak setelus yang diharapkannya. Almy mula tawar hati dan dia secara diam turut melakukan perkara yang sama dilakukan Edy, iaitu mempunyai kekasih gelapnya sendiri.
  Dipendekkan cerita, pada tanggal hari lahir Edy ke-31, dia dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Tertera nombor telefon cinta hatinya, Almy. Edy tersenyum kerana Almy mengingati tarikh hari lahirnya. Akan tetapi, apabila telefon dijawab, nada suara Almy berubah..tidak semesra dahulu. Edy pelik, tapi hakikatnya itulah panggilan terakhir daripada Almy untuk menyatakan 'stop' dan teruskan kehidupan..

satu lagi kisah cinta yang hancur kerana sikap sendiri..

No comments:

Post a Comment