Monday 12 March 2012

MoU Tertua Dalam Sejarah

PERKARA pertama terlintas dalam fikiranku bila menyebut MoU ialah tatkala terbabit dalam MoU antara UPMT dan PSU ketika zaman kolej dulu. Kalau tak silap, ada lah dalam dua kali aku terbabit, pertama semasa lawatan mereka ke kolejku, dan kedua ketika sesi balas lawatan kami ke kolej mereka.
 
Tapi Memorandum of Understanding yang aku nak kongsi hari ini ialah MoU tertua dalam sejarah sejak terciptanya makhluk bernama manusia. MoU yang aku maksudkan ialah perjanjian persefahaman antara Syaitan @ Iblis dengan Allah untuk memperdaya umat manusia hingga hari kiamat. Masih ingat MoU itu? (jika infoku ini salah, mohon perbetulkan)
 
Kita sering disuap dengan kejahatan dan kemungkaran makhluk laknatullah itu. Cerita-cerita seperti makhluk itu suka mengajak manusia membuat kejahatan, berbuat dosa seperti ponteng puasa, tak bayar zakat, mencuri, membunuh, minum arak, seks bebas dan seumpamanya sudah jelak didengar. Bila ada saja perkara berkaitan, cepat-cepat kita definisikan itu sebab pujuk rayu dan godaan syaitan.
 
Tapi itu hanyalah yang kita nampak dan ketahui, yang diceritakan dari mulut ke mulut, dari mata, dari surat khabar dan sumber sahih lain. Bagaimana pula dengan perkara yang dianggap logik dan masuk akal seperti berbuat kebaikan, beramal, melakukan kebajikan dan sepositifnya dengannya? Atau paling mudah, manusia yang sentiasa beramal, menutup aurat, solat lima waktu, bersedekah dan sewaktu dengannya dapat mengelak daripada unsur dosa dan syaitan?
 
Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan serta pendalaman ilmu ku yang sangat cetek ini, tipu daya syaitan boleh wujud dari celah-celah kebaikan. Kadang kala tanpa kita sedari dengan mata akal mahupun mata hati. Hanya apabila kita menghubung setiap tipu daya itu dengan perjanjian (MoU) dan kesan, baharulah kita sedar, kita dikaburi dengan cara yang sangat halus. Subhanallah...
 
Seperti yang sudah kukatakan tadi, syaitan atau iblis Laknatullah ini sudah berjanji dengan Allah bahawa “akan menyesatkan manusia sampailah ke hari kiamat”. Aku tahu, isu ini sudah diperkatakan alim ulama' dan ustaz serta cerdik pandai dalam banyak majlis ilmu, buku, majalah, malah dalam Al-Quran. Berjela-jela kisah tipu daya syaitan diperdengarkan kepada kita, ada yang faham dan tak kurang juga yang buat-buat faham. Oleh itu, dikesempatan ini, aku nak jadikan hamparan blog ini sebagai ruang untuk berkongsi ilmu.
 
Izinkan aku berkongsi jenis-jenis tipu daya syaitan secara halus:

  1. Antara tipu daya syaitan paling ulung dalam kita berbuat kebaikan ialah selepas berbuat kebaikan, kita mengharapkan pujian dan balasan. Contohnya, bila tulis status di facebook. 'hari ini aku bantu orang buta lintas jalan, rasa nikmat sangat sebab dapat tambah pahala'... kemudian ada yang komen balas dalam status tu, 'e'eh, baiknya awak!' atau 'amin! semoga diperoleh ganjaran pahala'. Bila dapat komen macam tu, kita siap balas balik, 'terima kasih @ tq ^_^' atau ' amin, terima kasih awak!'- bukankah itu satu bentuk harapan balas sehingga mengundang rasa 'bangga tahap cipan hidung kembang kempis'? Satu lagi bila kita berderma tapi pada masa sama, kita harap orang lain tahu kita berderma. Bukankah dalam Islam (malah dalam ayat Quran juga sudah ada *kalau tak silap) bila tangan atas berbuat kebaikan, tangan bawah tidak ketahui. Bukan saja, berderma, malah tatkala kita berbuat baik pada insan lain, kita harap insan itu juga akan berbuat perkara sama (kira istilah 'you scratch my back, i'll scratch yours' laaa..). Dan bila insan itu tak dapat bantu, kita pertikai dan tuduh dia tak kenang jasa, lupa daratan dan sebagainya. Walhal, bukankah berbuat baik dan amal tanpa balasan itu, Allah dah janjikan syurga dan pahala berlipat ganda? So, why nak marah orang yang kita dah bantu sebab tak garu belakang kau?? 
  2. Tipu daya ini selalu juga berlaku, dan selalunya licik di celah aktiviti keagamaan. Bila ilmu itu diletak harga hitam putih, kalau tidak ada jumlah yang diminta, sorry, i sibuk! Jarang kita dengar, ustaz memberi ceramah 'free-of-charge' kan? Kalau ada, bersyukuurrrrrrrrr sangat-sangat! Bukan aku nak pertikai, pemberi ceramah sebolehnya bagi ceramah free. Tapi kadang kala, harga yang diletak terlalu mengarut mencecah ribu riban yang tak masuk dek akal! Jika ada insan yang sedang dahagakan ilmu tapi tidak mampu, hukum apakah yang sudah jatuh pada kedua-dua pihak itu? Jika ada penceramah yang tiba-tiba bertanya 'erk, berapa nak bayar ye?' hukum apakah yang jatuh pada orang yang menjemput dan orang yang dijemput??
  3. Ini tipu daya yang kadang kala kita langsung tak sedar! pengucapan lagha, fitnah, mengadu domba, dan perkara-perkara yang mendatangkan keburukan tanpa disengajakan. Berapa kali anda tidak puas hati dengan seseorang itu dan kemudian bercerita pasal keburukannya kepada pihak lain, walaupun niat asal sekadar nak luahkan cetusan hati dan perasaan? Banyak kali kan? Kadang kala kita luahkan tak puas hati, marah, sedih, keburukan yang dilakukan pihak lain dan seumpanya kepada orang paling dekat dengan kita. Tapi tanpa kita sedar, kita sudah tanggapan buruk mengenai orang itu kepada pihak yang mendengar. Kalau pihak mendengar itu menerima dengan hati dan nasihat yang berguna, oklah jugak! tapi jika terima dengan tanggapan 'EEeee..kurang ajarnya orang tu!' atau 'Celakanya orang tu kan?', bukankah kita sudah mengembangkan rasa benci itu kepada pihak lain?
  4. Sama juga tipu daya syaitan bila kita membabitkan hati dan perasaan. Pernah tak kita luahkan rasa cinta pada orang yang tidak sepatutnya, atau menangis kerana rindu yang amat sangat pada orang yang bukan sepatutnya? Bohong, kalau ada yang kata, tak pernah. Bagi mereka yang pernah alami situasi ini, pasti ada kan? kan? kan? Ada yang solat lima waktu langsung tidak pernah tinggal, siap amalan sunat biasa dan yang dituntut, pasti tak lekang. Tapi kenapa, masih ada insan yang macam ini tetap berbuat maksiat? Apakah salah amalan yang dilakukan sampai dia sanggup lakukan juga perbuatan terkutuk? Sebenarnya, bukan salah amalan tak cukup, tapi semua berbalik pada iman dan akal. Syaitan boleh wujud dalam setiap nadi dan urat manusia secara bersembunyi. Bila kita solat, dia macam 'chipsmore' sekejap, lepas tu bila 'line-clear' dia datang balik. Kenapa? kerana iman dan hati kita sudah terlalu keliru dengan mana baik dan buruk.

Sebenarnya, banyak lagi yang berlaku dalam tipu daya makhluk laknat ini. Kalau nak diceritakan memang panjang, dan kalau tak silap, aku boleh buat satu buku khas kot! Aku tulis semua ini kerana aku pernah diperdaya si celaka itu! Kadang kala dia datang dalam bentuk yang sangat alim tak hengat punya! dan kadang kala dia datang dalam rupa dan sifatnya sendiri. 'Time' datang dalam rupa dan sifat sendiri tu, aku tak kisah lagi sebab boleh lah 'prepare' mana yang patut, tapi yang tahan bila dia datang dalam bentuk 'suci murni'! Hah! Yang tu aku memang angin satu badan!
 
Contohnya bila berubat (dengan unsur tahyul bagai!), pergaulan seharian, menulis dan membaca, menonton tv dan 1001 aktiviti yang kita buat, pasti akan ada tipu daya yang kita tak sedar!
 
Oleh itu, aku harap selepas ini, kita sebagai manusia sentiasalah berwaspada dengan tipu daya syaitan yang sudah tanda tangani MoU untuk sesatkan kita dalam apa juga cara sampai ke hari kiamat kelak!
  
*Ya Allah, aku berlindung daripada Syaitan yang direjam!!

No comments:

Post a Comment