Wednesday 7 March 2012

K dan A Main Tarik Tali...


PERNAH berdepan dengan situasi seperti ini? Aku yakin ramai yang pernah, terutamanya apabila cuba mendapatkan kesahihan daripada sang pencetus. Sebagai manusia, kita mempunyai cara tersendiri untuk memahami situasi. Ada yang mahukan jawapan dalam bentuk hitam putih dan ada yang memberi pembayang saja.

Bagi yang mendapat jawapan tepat, mungkin itu bukan masalah tapi bagaimana pula bila mendapat pembayang, sekaligus satu perasaan tidak puas hati dan gelisah bergelumang hebat dalam diri.

Apa yang aku nak kongsi ini hasil perkongsian kisah seorang teman yang kadang kala berkecil hati dengan sikap insan yang disayanginya. Aku bukan orang layak untuk berbicara isu ini tapi bila temanku tampak terdesak untuk mendapatkan pendapat, maka aku cuba kongsi sehabis baik.

Sebelum itu, izinkan aku kongsi masalah yang terpaksa temanku ini lalui (malah dia sudahpun izinkan). Aku bahasakan dirinya sebagai A dan insan itu sebagai K. Kata A, dia berkenalan dengan K melalui facebook selepas diperkenalkan seorang teman.

Sapaan awal untuk berkawan mendapat reaksi positif daripada K dan mereka berhubung seperti mana orang lain berkawan melalui facebook. Selain berbual bertanya khabar dan berkongsi cerita, K turut bercerita tentang kisah silam yang banyak mengajarnya erti sebuah hubungan. Kisah ditinggalkan kekasih, ditipu dan dipermainkan perasaan seolah satu tekanan hebat yang tidak dapat ditanggungnya ketika itu. Sejak peristiwa-peristiwa itu, K kuatkan hati dan keraskan pendirian supaya tidak lagi berada dalam situasi itu.

Tapi semakin lama mereka kenal antara satu sama lain, A akui dia mula sayang pada K dan begitu juga K. Cuma masalahnya, A juga pernah berdepan dengan situasi sama satu ketika dulu. Dia juga takut untuk ucapkan 'sayang' kerana bimbang dipermainkan sekali lagi.

Sejak A dan K mula rapat, tidak dinafikan K sering ucapkan kata sayang dan 'love you' sehingga A mula percaya K sudah membuka hati untuknya. Tapi, entah mengapa ungkapan K itu kadang kala seolah tidak teguh dan berbunyi rapuh. Perasaan keliru dan takut mula membayangi jiwa A kerana dia jujurnya tidak tahu apakah K benar-benar mengucapkan kata-kata itu.

Bila A cuba dapatkan hitam putih, K berubah-ubah. Bagai lalang ditiup angin, sehingga A berasakan K hanya mahu mainkan perasaannya. Terus terang, A sangat bingung dan keliru ketika ini.

Apabila aku tanya apa yang berlaku seterusnya, kata A, dia baru saja berbalas sms dengan K untuk melihat sejauh mana keikhlasan K terhadapnya. Tapi kata A, seperti biasa K bagai keliru dengan perasaannya sendiri.

Jawapan aku ketika A masih tercongok mahu mendapatkan pendapat aku, mudah...

“A, kalau benar dia cintakan kau, dia akan kekal dan jaga hubungan. Kalau betul K sayangkan kau seperti mana pernah diungkapkan sebelum ini, dia takkan lari ke mana-mana sebab dia betul-betul sayangkan kau. Cuma pada ketika ini, aku rasa K masih takut pada bayang-bayang sendiri dan bimbang berdepan dengan kenyataan”


*Sebaik saja aku luahkan pendapatku dengan penuh semangat, aku tersentak sekejap. Aku lupa yang A sudahpun berkahwin!!! So, tepuk dada tanya selera...

5 comments:

  1. adakh A dan K bekemungkinan kedua2nya adalah lelaki?

    ReplyDelete
  2. Haha.. When it comes to love.. Funny and stupid things do happen.. Haha

    ReplyDelete
  3. ermm no komen..love actually doesn't make people so stupid and funny but the people themselves who involve with love..Only love to Allah will guide us the smart way to be in love and loved :)

    ReplyDelete