Saturday, 5 December 2009

Tahniah!



Tahniah! tahniah! tahniah! jerit payah kita dulu kini berbaloi!

Alhamdulillah..pertama sekali aku nak ucapkan syukur ke hadrat Allah SWT atas kurnia dan rezekiNya atas kejayaan kami team produksi Final Gadis Melayu Musim Pertama kerana merangkul anugerah Program Realiti Terbaik Anugerah Skrin 2009!

Memang tak disangka..selepas segala cacian, segala tohmahan, segala kutukan akhirnya ia terjawab betapa program seperti ini amat diperlukan dalam mendidik masyarakat untuk kembali ke akar bangsa.

Masa aku terima khabar ni, aku tengah kerja siapkan story tugasan liputan aku mengenai story project penjaja haram dan pelancaran karnival jualan mega pasaraya pak ali...melompat la sekejap dan terkedu. betul ke apa yang aku dengar?? haha..terus budak-budak ofis chop aku mengong! (ayat best kinah)

Biar lah orang nak kata apa pun, janji i was apart of the program..bukan nak membangga diri sangat (walaupun?!) tapi lebih kepada agenda untuk mempertuankan kembali melayu terutama gadis diluar sana (dan juga jantan melayu) bahawa TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA..

Benar ada kekurangan di sini dan sana, tapi itulah realiti manusia bila bersantunkan akal dan hati yang tidak sempurna.

Bagi aku, aku berjaya menutup atau mengkedukan mulut sesetengah insan biasa yang terlalu mengagungkan hiburan semata tanpa memikir natijah disebalik nya. Soal agama, budaya, bangsa jangan dipersoal..

"Program kau ni bosan..lembik..tak entertainment" itulah antara kata-kata bangganya kerana terlalu agungkan hiburan semata. Aku harap kau faham kenapa kita jangan terlalu taksub pada hiburan, dan fahamilah apa maksud Melayu sebagai suatu yang boleh diketengahkan...(amik ko!!) ;)

Tahniah kepada:
Syukri, Linda, Shykin, Rudy, Uddi, Anne, Kak Nuraeshah, Kak Wan Sab, Ida, Bobby, Kak Leina, Eddy Editor, Kak Normah Nordin, Kak Dida Mallik, semua finalis Gadis Melayu Musim Pertama, abg2 cameraman (Hasani, Bismi etc), abg2 lightingman (abd Eddy, Murali etc), audiogirl Hasnita, audio guys semua, all trainee, abg Nasran, Bukhari equalizer, Pak lah (yang sebabkan 'black' jap?!!) dan semua yang telah menjayakan impian menjadi nyata..tahniah and great job guys!!




*tapi sayang Musim ke-2 ni macam ada sesuatu..hanya mereka yang faham saja tahu apa kah ia??

1 comment:

  1. congrats!!!

    1st seson is cool ade gak tengok sekali skala...yg 2nd season mcm banyak sgt kontroversinya....

    ReplyDelete