Friday, 4 December 2009

Tinjau-tinjau apa yg best!




  Selepas aku mula jadi warga kerja NSTP ni, aku dah sedikit masa nak diluangkan untuk org yang tersayang, kawan2 dan diri sendiri. Kalau dulu, memang tak ah nak lepak keluar jumpa tunang aku, nak lepak minum dengan si usop atau kj, or adik-adik aku yang lain. Dah balik kul berapa dah, kekadang tak balik langsung. Jadi, pepaham je lah..balik dah penat, Pikir nak tido je.

  Kesempatan cuti yang diberi (walau bukan hujung minggu) aku guna sehabis baik nak tinjau-tinjau sekeliling kl sesambil tgk movie (bayangkan lah punya lama tak tengok movie sampai aku ingat Harry Potter baru kuar 2nd sequal, padahal dah 6!! haha..) punya lah ngok ngek tak ketahuan.

  Paling aku suka dapat makan dengan tunang aku (ye lah! dah lama tak dinner maa dengan dia) walau pun area damansara je tapi at least masa aku untuk dia dah ada. Kalau dulu dia selalu makan hati je dengan aku sebab tak ada masa dengan dia, tapi at least sekarang seminggu dua atau tiga kali mesti spend time makan dengan dia..Thanks Sayang kerana memahami. Love You! Walau pun tak selalu sangat tapi nasihat orang tua kena ikut..tu lah bekalan dari orang tua aku untuk hidup sebagai manusia berguna. Thanks to Umi dan arwah (Abah & Mok Mek)..


  Dan satu lagi makan di Kg. Baru..mujur si Usop tu ada buat melayan aku makan plus dengan si Aqmal (:-) . itu pun kalau aku ada ke sana atas tujuan tertentu yang perlu. huhu..Dulu masa zaman berpoya-poya (bak kata Zul), aku selalu lepak sana dengan si Aza and the geng, but since diorang pun dah kawin..hmmm..sabar je.

  Lepas ni aku nak cuba luangkan lebih banyak masa untuk kalian semua. Insya Allah...Tapi korang pun kena la cuba luangkan masa untuk aku jugak..huhu.jangan asyik dengan skandal jek...hehe  Ooopss.! hahaha..


  Dalam December ni, aku bajet nak lebihkan makan-makan kat Kg.Baru lagi la..hmm..sesambil cari story hangat!!!

No comments:

Post a Comment