Tahun 2009 akan meninggalkan kita beberapa hari saja lagi. Dalam keasyikan menjalani kehidupan seharian sepanjang tahun ini, banyak suka dan duka yang telah aku lalui..Paling banyak, mungkin boleh dikatakan saat duka...berbanding tahun lalu, aku dapat rasakan jiwa aku semakin kosong..setiap keputusan aku buat terlalu drastik kerana fokus aku dalam hidup aku dah kurang..
Usia kita semakin meningkat dari hari ke hari..kadang-kadang ibarat retak menanti belah. Kenapa aku fikir macam tu, sebab aku dah tak pasti dengan tujuan aku berada di sini lagi.
Dulu masa 'join' tv production, aku menyimpan cita-cita untuk menerbitkan program aku sendiri, aku nak share ilmu yang aku perolehi dan yang aku tahu dengan penonton, supaya ada perubahan dalam masyarakat. Tapi sejak ada komitmen, aku terpaksa melupakan semua tu semata-mata nak mendapatkan kerja tetap yang mampu membahagiakan masa depan kelak. Bekerja di MP memang best, aku dapat gain banyak knowledge, contact, experience dll tapi ia tak mampu menampung kehidupan aku kelak. Aku cuba bertahan..tapi masa tidak mengizinkan...sedar atau tidak aku telah mengorbankan cita-cita aku.
Tipulah kalau kata aku tak kesal dengan keputusan aku, tapi in order to gain something better i have to sacrifice the best in thought. Masalahnya kini, aku dah terpaksa menipu diri sendiri dan orang sekeliling aku. Aku nampak saja bahagia di luaran tapi di dalam, hanya Allah saja yang tahu betapa merontanya aku. Jika aku langgar, aku hipokrit sebab pentingkan diri sendiri, kini aku ikuti, aku pula menangis sendiri.
Aku dah tak tahu nak luahkan pada siapa, jika diluahkan secara individu, lain yang akan difikir. Jika diluahkan secara terang, aku seolah kalah sebelum berperang. Kini KEPALA AKU PUSING, bingung dan sakit memikirkan natijah dan kesalan yang lalu.
Terus terang aku memang tak bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Kejengkelan kehidupan yang aku pilih kini sudah membawa kesan kepada diri aku dan orang yang aku sayang. Aku bukan nak membuat sesiapa terasa, tapi aku perlu katakan sesuatu sebelum perkara lebih buruk berlaku. Nak buat bodoh pun tak boleh, nak ambil tahu pun susah.
Setiap hari aku berdoa dan beristigfar, moga diberi petunjuk oleh-Nya. Tapi setiap hari juga aku meronta mohon dikeluarkan dari sini. Kerut di dahi semakin bertambah, tegang di bahu semakin menekan, pening di kepala semakin mencengkam. Hampir semua orang memberi semangat untuk aku bertahan, tapi sampai bila aku nak menipu semua orang? Aku dulu cukup bahagia dengan apa yg aku kerjakan, waima ada masalah sekalipun aku masih mampu harungi dan selesaikan...tapi now i'm clueless..
Kalau nak dilistkan apa yang aku tak suka dengan apa yg berlaku dengan aku sekarang memang banyak..even tambahan 10 muka blog ni pun belum tentu akan habis. Tapi aku tak nak merosakkan mood aku dan orang-orang sekeliling aku.
Aku bukan nak minta nasihat atau cara untuk apa yg aku patut lakukan, tapi aku hanya perlukan seseorang untuk sekadar mendengar rintihan aku..Alhamdulillah umi benar-benar faham apa yang aku alami kini..itulah naluri seorang wanita luar biasa yang aku kenal sejak lebih 29 tahun lalu.
Bagi mereka yang faham apa yang aku katakan dalam blog ni mungkin akan mempunyai persepsi dari sudut pelbagai. Jangan menilai ia atau menuduh sebarangan jika tidak berada in my shoes, tapi bacalah sebagai satu hakikat yang aku lalui sekarang.
Maafkan aku kerana terpaksa menanggung keadaan ini.
No comments:
Post a Comment