Wednesday, 11 November 2009

Dieppe In Memories..

2 bulan selepas arwah abah meninggal, sekitar penghujung 2003 aku kembali meneruskan kehidupan sebagai penari kebudayaan negeri Terengganu. aku perlu teruskan hidup, minat dan bakat aku..kerana muda bukan sekali..hidup mesti diteruskan...dalam kehidupan tanpa insan bergelar abah, aku gagahkan diri..abah tidak pernah halang utk aku mengejar cita-cita, terima kasih abah kerana menjadi sebahagian daripada kehidupan aku. malah beliau pernah mengajar aku "jangan dihalang impian untuk berjaya, waima impian itu datang dalam pelbagai cara dan rupa"..


aku tinggalkan kisah sedih tentang kehidupan aku yang melankoli kepada pengalaman yang aku kutip semasa mendapat peluang menjalankan tugasan di Perancis sekitar penghujung 2003. ketika itu, Terengganu telah terpilih mewakili negara sebagai tetamu kehormat di Dieppe International Kite Festival yang diadakan hampir 2 tahun sekali di Dieppe, France. bukan pertama kali aku keluar negara akan tetapi menjejakkan kaki ke kawasan yang bersempadan dengan Tanah Besar England tapi hanya dipisahkan dengan Selat Inggeris (kalau tak salah aku), sememangnya pengalaman yg mengujakan...


menariknya, aku suka budayanya yang amat menghormati antara satu sama lain. mereka amat taksub dan menghargai seni dan budaya, terutama seni dan budaya yang dibawa kami dari Terengganu ketika itu. mereka menjerit, kilauan lampu kamera tidak berputus, berulang kali mohon diulang sembah dan sentiasa menanti-nanti persembahan kami seterusnya..aku kagum dan kaget. betapa besarnya penghargaan mereka pada seni dan budaya bangsa kita. tapi itulah mereka, yang sebenarnya tidak jauh dengan budaya kita. lihat sendiri bagaimana kita begitu menghargai budaya bangsa asing. kita julang, kita dabik dada, kita angkat kepala. aku tidak mahu bercerita mengenai definisi dan kata berlapik aku tentang seni dan budaya..ya lah..aku ini siapa? bukan ahli karyawan, atau ahli akademik. hanya penggiat seni yang tahu mana salah dan mana betul.. itu saja.


di kota kecil Dieppe ini, majoritinya golongan berusia. menurut mereka pemastautin tetap di sana, golongan muda dikala usia 20an hingga 30an hampir 75& daripada mereka berhijrah ke kota yang lebih besar seperti Paris & Marseille, malah ke Kanada dan negara Eropah Maju. tiada apa yang boleh dilakukan mereka di sini. benar. aku dapat lihat bagaimana, kehidupan seharian mereka hampir sama. peluang perniagaan secara runcit dan makanan agak kurang. hanya di kala musim festival sahaja peluang mencurah bagai hujan. pub dan cafe agak berterabur, sini sana, ada sahaja pub dan cafe yang dibuka setiap malam...(biasalah..what do u expect?)

aku berterima kasih kepada kenalan-kenalan baru yang banyak membawa aku, ani, n man mengenal pelusuk kota kecil mereka. bersungguh mereka ingin kami kenal kota mereka, dan kami amat teruja dan dilayan mesra.

insya allah, jika ada rezeki akan ku kembali ke sana.

No comments:

Post a Comment