Friday, 25 September 2009

KESINAMBUNGAN KEPADA MAAF SEMUA..MAUT BAKAL MENJEMPUT AKU..

nota ini ditulis 2nd July lalu semasa aku dalam keresahan mencari An-Nur..

Selepas aku menulis nota semalaman, aku jadi bingung seketika... banyak rujukan demi rujukan yang sah-sah menonjolkan kelemahan aku. aku tak malu menyatakan aku salah, aku memang ada ego aku tapi kesedaran juga turut ada... aku tidak mahu menulis apa yang aku fikir, aku mohon rakan-rakan dan insan tersayang membaca dan nilai sendiri. Rentetan peristiwa yang aku ceritakan semalam dan di bawah ini adalah benar-benar berlaku, samada aku hadapi sendiri atau dari cerita dan ..jangan tunding siapa salah, tapi fikir apa yang sepatutnya kita boleh lakukan Insya Allah...

1. semasa aku dalam perjalanan pulang selepas bertemu pak uda di taman maluri, aku berhenti di satu simpang berdekatan jalan masuk ke seksyen 16, petaling jaya. lampu trafik sedang merah, tiba-tiba cermin kereta aku diketuk seorang wanita india lingkungan umur lewat 30an. dia kelihatan susah hati, tak terurus. aku turunkan sedikit cermin kereta " kenapa?" " tolong lah encik, saya punya anak kena asma, mahu beli ubat banyak mahal"..dia tunjukkan kotak ubat asma..tertera disitu RM150.00. apa yang aku boleh bantu? " saya punya anak ada sana encik" aku jenguk di kiri kereta aku. ya, seorang budak sedang diurut dibahagian belakang oleh seorang lelaki (mungkin bapanya), kedua insan tu berada atas motor. "saya mahu beli ini ubat, duit tadak, boleh kasi pinjam ke adik?" kenapa ibu ini tidak pergi sahaja ke hospital kerajaan? atau mungkin ke klinik yang menawarkan harga yang rendah untuk satu sedutan? aku mula berfikir mungkin ini satu helah untuk mendapat wang mudah..tapi kerna sifat belas yang masih wujud, ku hulurkan juga rm20, walau pada hakikatnya nilai yang aku ada untuk terus hidup hanya berbaki rm10...ibu itu terus merengek minta ditambah, mohon ke bank. sah! aku syak ini satu penipuan..jadi dengan perasaan yang berkecamuk hendak atau tidak, aku teruskan perjalanan pulang.. apa, mengapa dan dimana silap aku?

2. kerjaya dalam bidang penyiaran kini tidak semudah atau seglamor yang disangka (semua bidang juga begitu). ada yang memuji, ada yang memijak, ada permainan, ada yang mengeji, dan ada yang menghina. sebentar tadi aku baru sahaja bertemu dengan seorang yang bergelar datuk paduka ustaz dot dot dot, beliau dahulu seorang yang sangat berpengaruh dalam kerajaan dan bidang penyiaran awal tahun 70an, 80an dan 90an. kata-kata nya sangat jernih dan bersahut (kenapa? sebab aku ingin menyahut setiap ideologi yang disampaikan! memang menarik!), kami berbicara tidak sampai 10 minit mengenai hukum hudud (kerana terganggu dengan hidangan dan perbualan rancak sejarah asal usul laksa johor), menurut beliau hudud itu perlu dibicarakan oleh siapa? siapa yang harus laksanakan hukuman itu? bukan calang orang boleh jalankan hukuman..seharusnya insan itu mesti faham, tahu, sejarah, dan perbezaan 4 mazhab. kenal dulu dan utarakan. ramai yang mendabik dada pada yang batil dan jarang yang mampu mengungkai perbedaan 4 mazhab secara lancar, bila berbicara tentang masalah agama anak jika kedua ibu bapa atau salah satu bukan Islam tapi memeluk Islam...ada sang menteri yang berdegar mencadang, tidak mampu berbicara malah terdiam apabila minta dihurai dari segi hukum dan sunnah nya..

3. satu lagi yang menarik ialah mengenai rancangan tv yang disiar..kesinambungan kepada topik hudud yang kami sedang bualkan. suatu ide program itu bagaimana terhasil dan siapa yang harus memberi kata putus. aku setuju. sebab; banyak program tv kini mengikut kehendak golongan atasan, golongan marhain hendak atau tidak terpaksa disuap dengan kejahilan dan kebatilan si penerbitan. cerita di tokok tambah bagi menyedapkan perasaan si penonton pertama, yakni golongan atasan itu tadi. walhal, apabila sampai ke akhir piramid pengguna, golongan marhain yang percaya pada perkara yang tidak boleh dipercayai langsung kaedah dan asal usulnya. terlalu sedikit program kini membangkit isu yang halus dan menyentuh tepat ke hati budaya bangsa dan agama. maksud yang ingin disampaikan ialah, sajikan sesuatu yang golongan penyumbang tertinggi ingin tahu, iaitu isu sensitiviti agama, budaya dan bangsa. cari kaedah untuk mengutarakan kebenaran, melalui berfikir secara terus dan telus, bukan secara kontrak. bagaimana? contoh: hidangkan suatu cerita mengenai hudud (bukan bermaksud aku ini pro hudud, tapi ia suatu yang menarik utk disentuh kerna aku golongan marhain), sebuah telemovie bercerita mengenai satu golongan masyarakat disebuah kampung dihujung bandar, hidup mereka seperti dalam cerita klasik "semerah padi" tapi di era tahun 2000, plotnya berlaku kecurian dan suspek ditangkap, tok ketua mahu dia dibicarakan secara adil dan saksama, sub-plotnya dia tahu apabila dibawa kemuka keadilan suspek itu mungkin atau tidak salah, tapi kalau secara hududnya, mereka hanya punya seorang imam lulusan sekolah pondok dari pantai timur, itupun umur sudah lanjut. di kota, ada seorang peguam yang bijak dan lulusan cemerlang dari oxford, juga anak jati kg itu. konfliknya, bagaimana mereka ingin sampaikan secara adil dan saksama. dua-dua benar, dua-dua mungkin juga salah.

4. satu lagi kisah menarik, aku kutip semasa mendengar cerita seorang teman yang kehidupan sosialnya agak songsang (aku sentiasa berdoa agar Allah tunjukkan jalan yang benar pada nya ..amin!). dia berkenalan dengan seorang jejaka melalui internet, jejaka itu yang memulakan sapaan salam nya untuk berkenalan dengan teman aku ini. (utk pengetahuan, teman aku ini agak kacak dan punya rupa..tapi sayang...sekali lagi, Ya Allah..selamatkan dirinya dari bahana api neraka..amin!) setelah berapa lama mereka berkenalan dan bermesej melalui internet, mereka berjumpa. pada perjumpaan yang pertama ini , teman aku ini terus jatuh hati dan si jejaka yg dikenali dengan nama Ryul ini juga berdepan dengan perasaan yang pertama. setelah pertemuan pertama, mereka mengaturkan pertemuan kedua dan kerna nafsu amarah bissooq menguasai diri, mereka melakukan perkara terkutuk.. (Ya Allah! Ampunkan dosa kedua hamba Mu itu), maka mereka mengota janji untuk berkasih dan bercinta. teman aku ini punya kekasih yang cantik, malah jejaka ini juga punya kekasih yang cantik dan baik. dijadikan konflik, si jejaka ini telah melanggar janji yang pernah dikota dulu, kerana teman aku sudah berusaha untuk menjaga perasaan masing-masing, tapi si jejaka itu mempermainkan dan tidak mengambil endah, maka teman aku telah mengambil langkah jujur bukan sahaja untuk dirinya, malah pada kekasih jejakanya dan si jejaka yang mempermainkan perasaannya. segala apa yang telah berlaku antara mereka berdua diluahkan teman aku kepada kekasih jejaka ini. kini si jejaka Ryul bukan sahaja telah kehilangan cinta teman aku malah bakal kehilangan satu-satunya kekasih wanita yang bakal menjadi menantu keluarganya..kata teman aku, dia terpaksa menjadi kejam demi kebaikan kesemua pihak, walau jantung seakan terhenti tapi itu adalah hakikat yang harus dia telan.

masih terlalu banyak yang ingin aku kongsi pada waktu ini, bukan mencari salah siapa tapi untuk kita berfikir bagaimana ia harus dielak untuk kita berhadapan dengan Maha Pencipta kelak...Allah itu Tuhan yang jangan diduga kuasaNya, Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun, Allah juga Tuhan yang Maha Mengasihani...

nota kalam akhir: Manusia sering sedar bila kepala terhantuk akan sesuatu, tidak kira jika ia hanya sebiji epal yang jatuh dari pohon epal atau setitis hujan dihujung kening dan kita tersentak.. Doa Amirul untuk umat sejagat..Ya Allah, Persiapkanlah kami dengan segala cahaya keimanan yang kami perlukan, penuhkanlah dada kami dengan ilmu yang bermanfaat utk bekalan di akhirat kelak..Amin Ya Rabbal Al-amin!

No comments:

Post a Comment