Pertengahan April Tahun 2008 lalu aku telah berkesempatan melawat negara yang pernah menjadi medan peperangan yang penuh sadis dan kekal sebagai nota sejarah yang patut dilihat kebelakang jika berpeluang. mengapa aku berkata demikian, pertama: masyarakatnya yang semakin terlalu hilang identiti bangsanya, sehari demi sehari, jiwa anak muda di sini telah hilang identiti bangsa dan keperitan peperangan dulu tidak kelihatan di mata generasi muda. mereka seolah-olah terlupa akan suatu tahap yang pernah dilalui generasi sebelum mereka… agak mengecewakan.
keduanya: masih ada segelintir daripada mereka yang bijak mengambil peluang dan meraih simpati di atas kekurangan yang pernah mereka alami. perbedaan antara utara dan selatan masih bersemat di jiwa dan kehidupan mereka. kau utara dan aku selatan. walhal mereka telahpun bergabung, tapi sikap yang ditunjukkan menyatakan kesangsian mereka walaupun sewarna kulit dan agama. dapat aku lihat betapa mereka yang minoriti ditindas dengan cara yang agak halus, bila aku katakan ditindas dengan halus, aku bermaksud mereka yang bukan seagama dan sekepercayaan dengan mereka yang majoriti…
walaubagaimanapun aku tinggalkan sebentar kisah silam mereka kerana aku rasa aku tidak layak mengendong aima menjaja kisah mereka yang aku hanya tahu secara asas saja.
Ho Chi Minh City, sebuah kota yang sarat dengan pembangunan dan masih kekal sedikit budaya bangsa yang disanjungi. mereka mengekalkan budaya bepekerti mulia dan menghormati pihak yang berkuasa tapi penyalahgunaan kuasa tetap wujud. fahaman komunis sedikit sebanyak membantu mereka menjadi bangsa sedemikian. peluang nampak sahaja diberi sama rata, tapi hanya mereka yang tahu menggunakan peluang dengan kuasa wang yang ada. tapi bagi aku, dimana-mana sahaja hal ini tetap wujud. komunis, sosialis, demorkasi mahupun monarki.. asal dirimu manusia, apa sahaja boleh buat..
semua rakyat diberi hak sama rata, tapi ketidak adilan tetap wujud.. biar rakyat yang menentukan…

No comments:
Post a Comment