Saturday, 5 September 2009

Me & My Ramadhan


(this note were written by me back dated September 11, 2008 - when suddenly the memories i had with my beloved mok mek passing by in a splash)


jika dilihat pada waktu-waktu yang lalu, aku menjadi pengunjung tetap masjid mahupun surau menunaikan solat terawikh. teringat kembali di waktu aku bersama arwah mok mek berjalan ke masjid kariah bedong bersama adik aku, Akim. mok mek amat menitik beratkan soal kebajikan dan keagamaan. setiap kali bulan ramadhan kembali, di saat itulah aku teringat perjalanan kami ke masjid. terlalu banyak suka duka aku bersama mok mek. walaupun dia telah tiada, tapi kelibat wajah nya yang sejuk dipandang membuatkan aku tangis hiba. pernah satu malam, kami bertiga baru sahaja habis bersolat. sedang kami ingin memulakan langkah pulang, Akim mula gelisah, hampir menangis. manakan tidak, seliparnya hilang. haha..suatu perkara yang tidak akan pernah berubah jika kita ke masjid (kekadang terpikir jugak, apa masjid ni lubuk rezeki pencuri selipar kot). mok mek dan aku bersama-sama membongkok di celah-celah ruang masjid mencari selipar Akim. mok mek relaks je. tak pe lah, dah rezeki si pencuri…(memungkin aku pada sikap aku yang endah tak endah apabila musibah berlaku, dari mok mek agaknya) redha saja lah.
kini setelah aku dewasa, saat-saat seperti itu hanya berlegar dikepala sambil bermain perasaan keseorangan. apa nak jadi agaknya dengan aku ni? di mana tuai budi yang diberi mok mek pada aku? di mana sudah ku letak iman yang pernah menjadi benteng di dalam hati aku? aku rasakan seolah-olah ia turut terkubur bersama arwah mok mek. aku tahu di mana harus aku cari, tapi aku seolah-olah cepat hilang pedoman bila nafsu mengaburi diri. aku sudah hidup sebagai muslim hampir 30 tahun , tapi hanya pendedahan kepada duniawi yang penuh noda dan dosa, aku terus hilang identiti muslim yang pernah aku canang-canangkan semasa syarahan agama mahupun ceramah yang aku kelola sendiri. tidak jauh dari apa yang berlaku dengan anak muda kini, bukan aku malah generasi kini telah ke arah cepat menjadi taksub pada yang indah hingga lupa pada yang menanti di kemudian hari. di mana silapnya? aku tak rasa pada ustaz, sebab mereka sentiasa menjalankan tugas kerana kalau tidak bagaimana mereka nak dapat wang saku untuk hidup; begitu juga pada pakar motivasi, mereka bersungguh-sungguh menyampaikan budaya positif ke dalam hidup kita, kalau tidak rugilah mereka belajar tinggi-tinggi dari master ke PhD bagi mendapat gelaran pakar; nak salahkan pemimpin pun tak boleh juga, mereka lagi teruk, siang malam memerah otak, perhubungan dan perikatan bagi menjamin kestabilan negara, masyarakat dan diri sendiri. kalau mereka tidak menjaga ini, bagaimana kita sebagai pembayar cukai nak bayar gaji mereka kan? mak dan ayah?…hmm..itu tanggungjawab. mereka memang wajib buat, kalau tidak macam mana generasi nak berkembang. generasi ibu bapa kini yang penting dapat anak, tak nak buang je, barulah istilah menyusahkan mak bapak tidak dapat digunakan lagi..tidak ke buruk istilah itu bagi mereka. kesian mak bapak begini kan.
ramadhan tidak seperti dulu. diraikan dengan penuh meriah, seperti mana hari pertama syawal. malah syawal disambut penuh meriah setiap tahun, lagi meriah dari hari jumaat pada hari-hari biasa, tapi hari jumaat pun meriah juga, lebih meriah dari hari-hari yang 6 dalam seminggu. cuma hari-hari biasa yang 6 itu sahaja yang masih belum ada pemeriahnya. mungkin nanti la kot.
bagi aku ramadhan itu berbeda dengan ramadhan-ramadhan sebelumnya. kalau dilihat pada carta graf, macam kita mengayuh basikal menuruni bukit tanpa break. best kan?!
aku tinggalkah suatu pengertian yang aku rasa kita semua lebih memahami dari insan lain. kita kan bijak dan tak perlu disuruh, kita tahu apa yang kita buat.


-p.s:-”lepas ni aku nak cari karya pendeta za’aba, pak ungku cakap best”

No comments:

Post a Comment