Friday, 25 September 2009

MAAF SEMUA..MAUT AKAN MENJEMPUT AKU..


ya..seperti mana yang aku nyatakan, mati akan menjemput aku. tetapi apakah aku sudah bersedia untuk itu? sudah berbulan lamanya aku tidak menulis sebarang nota untuk dikongsi bersama.. semuanya di atas alasan yang sama... malas, lalai, lali, lupa...tapi sejak akhir-akhir ini, istilah itu sudah kian pudar dan hilang dari kamus kehidupan aku. kesedaran terhadapan dunia yang kian berusia, kian menuju ke suatu transformasi yang maha dasyat mengejutkan aku dari kelalaian dan kealpaan dunia yang semakin sendu. dunia ini tidak salah, apatah lagi makhluk suci yang bukan bernama manusia, mereka terus-terusan menjalankan apa yang telah dizahirkan kepada mereka sejak azali. ketentuan Allah. tapi yang memakirkan kealpaan dan kemusnahan ini ialah kita...makhluk ego bernama manusia. percaya atau tidak, tidak sampai 20 peratus umat manusia yang menjadi muslim sejati. walau hakikatnya, islam adalah agama yang sedang berkembang pesat. kenapa? biar aku buktikan:

1. aku pernah mendengar, seorang selebriti bukan islam yang memeluk islam. katanya di media, dia mendapat petunjuk setelah bergaul dan kenal dengan ramai kenalan muslim. namun pada hakikatnya, dia memeluk islam kerana namanya sudah semakin jatuh di kalangan pelanggan dan peminatnya..dia harus melakukan sesuatu..akhirnya dia memeluk islam. Alhamdulillah kerna menemui agama sejati tapi...Subhanallah, kehidupannya masih sama, sama seperti sebelum dia memeluk islam 5 tahun lalu, masih bercinta sesame jenis, masih mengunjungi tempat yang dilaknat..jadi di manakah letaknya nilai islam?

2. kisah sebuah keluarga yang dilahirkan islam, nenek moyangnya islam, yang bernama islam tapi murtad kerana kemiskinan yang melanda. akibat tekanan hidup dari segi ekonomi dan pandangan saudara mara sekeliling yang jahil, sekeluarga mereka menjadi satu lagi cerita sedih yang pasti mengundang air mata Rasulullah. jadi di manakah sekali letaknya nilai islam?

3. "...dia seorang penyanyi rap wanita melayu yang bakal menggegarkan seni muzik antarabangsa, sangat membanggakan. masih mengekalkan jati diri melayunya, masih pandai berkain pelikat walau memakai spagetti string..kerana the essence of malay root is still in her..jika ada kenduri kesyukuran dia pandai berbaju kurung, dia juga pandai sembahyang..." kata-kata dari makciknya yang juga seorang pereka fesyen terkenal di tanah air. masih terngiang-ngiang ayat-ayat terakhirnya tadi. sekali lagi aku bertanya di manakah sekali lagi letaknya nilai islam?

4. satu pihak bersuara "... agama dan bangsa tidak boleh disama ertikan", satu lagi pihak berkata "..agama dan bangsa bergerak bersama", jika itu menjadi persoalan, jadi dimana penyelesaiannya?

5. atau ayat yang paling acap disebut oleh mulut sesiapa sahaja "...kubur lain lain"..hmm begitu mudah kan?

6. "..mom dad, i have a confession to make... i am gay; lesbian; no more virgin; etc..." urban and open minded family will definitely at first could not take it..yet at the end..."it's your path to choose my child, we will support you no matter what" dan sang ibu dan ayah tersenyum..bangga dengan anak yang berkata benar...tapi di mana kah letaknya kebenaran hakiki yang sepatutnya?

7. "abg dah solat belum?" kata seorang kekasih kepada kekasihnya.."hmm..." jawap si kekasih. "cepatlahh..solat cepat" paksa si kekasih tadi...Alhamdulillah... mereka berjemaah. Assalamualaikum warahmatullah...tangan si kekasih dihulur ke kekasihnya, tangan pada mulanya dicium, kemudian lengannya dicium, perlahan-lahan naik ke leher dan seterusnya ...hanya kamu yang tentukan..."Abg! Ramli Sayangkan Abang!" dan mereka hanyut di atas sejadah yang menjadi saksi perjanjian mereka dengan tuhannya... Ya Allah! Di mana letaknya maruah agama? apakah dipijak-pijak sebagai mana kamu memijak sejadah yang kamu sujud?

orang kita terus menerus hidup, seorang insan manusia itu mempunyai: 25% percaya pada agama + 25% percaya pada nilai bangsa + 25% percaya pada pilihan terbuka + 25% pada pilihan common sence... jadi apakah peratus itu juga menjadi pegangan mudah untuk dibawa bila usia kita meningkat?

Di saat ini aku sedang menulis nota ini, aku sedang menangis...air mata aku menitis satu demi satu..azan isyak sedang berkumandang... Ya Allah, apakah semua ini hanya satu episod dalam sebuah drama atau telemovie yang hanya menunjukkan kelemahan dan kekuatan manusia? sambil aku menulis nota ini, aku sedang bergenang air mata memikirkan nasib mereka yang aku kenal. nasib rakan-rakan aku yang masih hanyut, adik-adik aku yang masih tenggelam dalam dunia nafsu. aku sedih kerana aku takut pada azab siksaan yang Allah bakal diturunkan kelak... tak lama dah..bila-bila masa sahaja. insan-insan yang pernah aku sayang dulu, yang masih bergelomang dengan dosa, yang tahu dosa dan memikirkan saat muda... Ya Allah, berilah petunjuk..bukan sahaja pada Aku hanya punya banyak dosa terhadapMu malah pada semua insan yang pernah aku cintai, yang aku kini cintai...ampun kan lah YA ALLAH!!!..tetapi sempatkah untuk mereka untuk taubat nasuha terhadapMu? sempatkah untuk kita mengharungi setiap jam, detik, saat, dan malam ini?

benar wahai semua...mati akan menjemput aku...

nota akhir: Doa Amirul Untuk Semua Umat Manusia Sejagat agar hidup sejahtera, dipermudahkan urusan diakhirat, diberi pilihan tepat, ditunjukkan Allah jalan yang diredhai...Amin

nota ditulis june lalu, semasa aku terbangun dari tidur kerana mimpi buruk.

No comments:

Post a Comment