Monday 5 March 2012

BIKIN PANAS!!!

KENYATAAN kali ini berkaitan dengan isu bikin panas. Dalam dunia hiburan, tempat di mana aku berada sekarang, istilah bikin panas adalah sesuatu yang wajib diperolehi. Jika tidak, nilai sebuah cerita yang dikongsi hilang hak di mata masyarakat.
  Sama ada kisah itu mendapat tentangan atau sokongan, ia sebenarnya memainkan peranan penting, dalam hal ini, penjualan naskah sangat bergantung pada isu panas yang dibekalkan.
  Banyak cara untuk menjadikan suatu isu itu panas, antaranya pamerkan fotografi artis seksi. Aku tidak menolak kemungkinan akan ada pembaca yang berang dan meluat dengan penampilan artis seksi melampaui batas. Tapi percaya atau tidak, pembaca yang meluat dan memberi komen itu sebenarnya mereka yang cakna dan ambil tahu perkara yang berlaku di sekeliling.
 
  Proses bikin panas itu mudah - pembaca membeli akhbar, membuka laman hiburan (dalam hal ini kolum Selebriti), terpandang aksi ghairah sang artis, 'mengucap' panjang, berpesan pada diri dan orang sekeliling, dan jika mereka tidak puas hati, mereka akan menghantar sms komen/lapor pada ruangan iMetro yang disediakan. Dan putaran itu terus berpusing, walaupun putaran itu mungkin tidak lengkap, tapi ia masih diperkatakan. Dan hasilnya? tepuk dada tanya selera.

  Satu lagi cara dengan tampilkan ayat 'panas' yang menceritakan isu yang sedang berlaku. Walaupun sesekali kedengaran bernafsu, tapi hakikatnya ia menceritakan perkara yang betul-betul berlaku ketika itu.
  Sebagai contoh, jika berita mengenai seks luar nikah, pelacuran, penagihan dadah, rompakan, pembunuhan dan segala macam tragedi, satu ayat yang 'catchy' perlu dijadikan 'heading' agar pembaca tahu apa sebenarnya yang berlaku.

  Kita tidak dapat tidak menolak, setiap heading berunsur seks itu sangat cepat menjadi perhatian. Kenapa? kerana itu lumrah manusia yang cetek ilmu dan bersandarkan nafsu untuk melihat ke arah itu. Jika pembaca membaca dengan penuh insaf dan luar kotak, pasti akan melihat cerita yang dipaparkan itu adalah satu lagi kisah sedih yang mengganyang budaya dan harus diperangi sehabis baik. Kerana ia berlaku dalam masyarakat dan semua orang perlu main peranan untuk tangani.

  Aku harap, pembaca jangan cepat menghukum dan ambil ruang untuk berfikir sejenak kenapa isu bikin panas berlaku dalam kehidupan kita. Terutamanya dalam masyarakat kita yang terumbang-ambing dalam empangan yang dibina sendiri.

No comments:

Post a Comment