Friday, 24 February 2012

ATAS NAMA CINTA

“ATAS nama cinta aku korbankan segalanya..” bunyinya sangat besar malah maksudnya sangat jelas dan mendalam. itu kata-kata yang sering diluahkan pasangan bercinta untuk mengikat tanda setia. tapi setakat mana manusia mampu berkorban untuk itu semua?
  sejarah sudah membuktikan kerana cinta, umat manusia berperang dan nyawa melayang. kerana cinta juga, bangunan hebat berdiri megah. sebab cinta juga, manusia gadaikan maruah dan jati diri. ada yang bertukar agama dan pendirian, ada yang berhabis wang ringgit dan berhijrah pergi. tapi berapa ramai yang sanggup berbuat begini?
  sebenarnya, ramai yang lembut lidah berbual janji tapi bila ikutkan hati, janji ke mana apa ke mana. hilang tanpa kesan dan terus terapung-apung mencari ruang rasa untuk dipenuhi.
  di sini, aku hanya mahu berkongsi kisah korban yang aku lakukan atas nama cinta pada si dia yang cinta. aku tak katakan aku hebat dan penuhi setiap janji yang dikata. sebolehnya aku mahu kotakan semua janji yang pernah terbit daripada mulutku sejak perkenalan dulu.
  tapi aku manusia biasa yang kurang di sana sini. aku punya kehendak sendiri, selepas berkorban untuk cinta, aku harapkan sesuatu sebagai balasan. bukan wang ringgit atau barangan mahal berjenama, hanya kepercayaan dan keyakinan untuk aku berjuang atas landasan yang aku percaya. aku tak minta untuk jadi pengikut atau hamba sahaya. aku tak minta untuk kau lakukan perkara sama terhadap ku. aku cuma minta tolong faham apa yang aku lakukan semua ini atas nama cinta.
  atas nama cinta, aku korbankan persahabatan yang aku jalinkan dengan semua sahabat baik yang pernah susah senang bersamaku suatu ketika dulu. atas nama cinta, aku korbankan kerjaya yang aku cita-citakan sejak dulu. atas nama cinta, aku ketepikan soal maruah. atas nama cinta, aku korbankan impian dan harapan yang sudah ku bina sejak sekian lama. atas nama cinta juga aku korbankan perkara biasa dalam hidup - wang, masa, jiwa dan raga.
  tapi semua itu belum cukup dan setiap langkah ku ditabur paku kerana cinta itu mahu aku hidup terkongkong. banyak kali berbicara soal hati dan perasaan, tapi semua itu tak berhasil.
  apa yang boleh kukatakan dalam nota ringkas ini ialah aku akan terus bergerak atas nama cinta sama ada cinta itu suka atau tidak. cuma aku harap jangan atas nama cinta itu, aku jadi benci pada perasaan yang tuhan kurniakan buat setiap umat manusia...

No comments:

Post a Comment