Tuesday, 5 August 2014

TAK SEMPAT PECUT

saja nak kongsi news lama..

KUALA LUMPUR: Tak sempat melarikan diri, lima pemandu teksi eksekutif yang menunggu penumpang di Jalan Sultan Ismail dikepung sepasukan penguatkuasa dalam Operasi Halang ke atas kenderaan pengangkutan awam dan perdagangan di ibukota, semalam.
   Mereka adalah sebahagian daripada 152 pemandu pengangkutan awam dan perdagangan yang disaman berikutan pelbagai kesalahan mengikut undang-undang Kaedah Lalulintas Jalan 1959.
    Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohd Irwan Abdullah, berkata 40 bas disaman dan ia paling tinggi dalam operasi itu.
    "Ini diikuti 16 teksi manakala selebihnya kenderaan persendirian. Antara kesalahan yang dilakukan adalah menghalang lalulintas, meletak kenderaan di garisan kuning dan siar kaki serta mengeluarkan asap berlebihan" katanya dalam sidang media selepas operasi itu.
    Operasi Halang Siri Satu 2010 (Ops Halang 1/2010) itu membabitkan 44 anggota dari lima agensi penguatkuasa iaitu Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen.
    Dalam pada itu, Ketua Operasi Ops Halang 1/2010, Timbalan Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Ashari Ahmad, berkata operasi itu adalah kesinambungan lima siri operasi yang sama dijalankan sepanjang tahun lalu.
    "Selain Jalan Sultan Ismail, operasi turut dijalankan di Jalan Kasturi, Jalan Tun H.S.Lee, Jalan  Melaka, Lebuh Pasar dan Lebuh Ampang.
    "Lokasi ini dipilih kerana ia menjadi tempat tumpuan segelintir pemandu bas dan teksi yang gemar menunggu penumpang" katanya.
    Sementara itu, Irwan berkata, DBKL akan meminta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk mengkaji semula pemberian permit kepada pengusaha dan pemandu pengangkutan awam yang didapati banyak melakukan kesalahan.
   Ini berikutan segelintir daripada mereka yang degil didapati melakukan kesalahan berulang.
   Beliau menganggap kompaun tidak melebihi RM300 yang dikenakan kini seolah-oleh tidak diendahkan.
   "Kami menyeru semua pihak terbabit untuk mematuhi undang-undang bagi mencapai hasrat kerajaan memastikan pengangkutan awam berada di tahap terbaik demi keselesaan pengguna lain" katanya.

Let it gooo.. Let it goooo!!!

Salam Selasa

Hari ni agak lemau.. mungkin sebab masih dalam mood nak sambung bercuti Raya kot.

hmm.. well, just nak kongsi sikit. Sebelum ini, aku ada beberapa teman rapat tapi lepas beberapa isu berlaku aku mula jauhkan diri. Mungkin ada benarnya bila ada yang label aku ni ego & mulai sombong, but apa yang aku buat is base on pilihan aku.
Kadang-kadang utk elak daripada mengulangi kesilapan lalu, kita kena tinggalkan perkara-perkara yang paling kita sayang. Dalam hal aku ni, teman-teman rapat.
Aku akui, kadang2 aku hanyut bila bersama mereka, walaupun ada kala kami ada buat benda baik tapi dalam tempoh itu, pasti ada benda tak baik yang turut berlaku.
malah aku juga sudah hilang kepercayaan pada sesetengah dari mereka yang aku pernah panggil kawan baik, abang atau adik, sebab beberapa perkara.

but now, aku learn to let it go (sambil nyanyi lagu let it go dari frozen! cewhhh!!) but in a different way. aku belajar utk maafkan orang. belajar utk terima kekurangan dan kelebihan. walaupun masih ada sorang dua yg aku masih keras hati nak maafkan (tak marah, cuma dah bo layan je!)

benda macam ni takes time. mana ada manusia dlm dunia tak buat kesalahan kan? so, pelan pelan kayuh.. insha Allah setiap masa dalam hati memang aku minta pada Allah utk maafkan semua orang yg pernah buat taik dgn aku.

dan aku juga kena mula belajar minta maaf dgn orang. ye lah. kita kdg2 tak sedar buat taik dgn orang lain.

apa pun, jom kita muhasabah diri dan learn from the past.

chiow!!

Monday, 4 August 2014

Nak blog apa tak tau

rasanya dah lama sangat tak berblog..  dulu, nama page blog aku ni panjang dan agak boring nak hadam..dughh.. so aku tukar ke blablabla supaya sesapa yang baca tahu, aku nak bla bla bla je.. hmm nak cerita pun banyak sangat benda yang dah tertinggal, sampai ada yang terlupa dah dan jadi sejarah.. tapi hapa-hapapun, aku kongsi je lah ek..nak baca, baca..tak nak baca sudehh..  (before that, sorry lah kalau ada broken english nor bm rojak)
 
 
ermm..nak start dengan apa ek?... secara ringkas, aku rumus cam ni lah eh?!:
 
1. well, skang aku dah kembali membujang dan masuk tahun kedua dah pong! (nampak tak tengah promote diri sendiri?!). walaupun  dah pegang status duda, aku okey dan rasa selesa stay solo buat masa ni. aku nak fokus kerjaya dan family aku dulu. selebihnya, just wait ur turn!!
2. masalah bipolar aku masih ada, cuma tak teruk sangat macam dulu (tapi kalau ada penyebab, aku tak jamin aaahh).. aku dah okey sikit sebab aku belajar utk lepaskan perkara yang aku sayang, mendekatkan diri dengan Allah dan paling penting stay optimist and motivated. paling penting bersyukur dengan setiap dugaan dan ujian, bukan sekadar pada nikmat.
 
3. aku dah mula busy buat macam-macam kerja. bisnes kecik2 jual tempeyek, tolong kengkawan jual #kudapkudap , #gobokkain etc. malah dah kembali ke bidang penyiaran secara perlahan-lahan. walaupun  projek tak banyak tapi boleh la buat bayar bil api air, rumah dan kereta. insha Allah, selepas terbitkan Rahsia Kak Ton di TV1 lalu, aku dan team akan bikin beberapa program baru penghujung tahun ni dan awal tahun depan, antaranya reality show, magazine program, drama dan telefilem. doa-doa kan  je lah ekk..

4. ramai cakap "wahh dah kaya sekarang!!", jawapan aku, "well, aku tak kaya dan tak miskin. aku kerja keras sebab nak bayar banyak komitmen penting. lepas bercerai dulu, tuhan duga aku lagi dengan banyak lagi komitmen, so itu tandanya Allah nak aku usaha dengan lebih kuat dan gigih lagi. tapi kot korang nak join dan buat duit sesama, jom lah! aku tak lokek dan aku suka berkongsi ilmu dan pengalaman walaupun duit nak makan pun kadang2 tak cukup.." bla bla bla... *banyak lak cakap!
 
5. oh ya..selepas bipolar dah okey sikit, aku juga diduga dengan kanser kolon.. but, like i said, aku redha dan terima ujian ni. nak berubat mmg takes time n ongkos nya banyak. so, faham-faham jelah kenapa aku makin bekerja keras.
 
rasanya setakat ni je kot..harap lepas ni dapat kembali berblog.. jumpa lagi & Selamat Hari Raya!
 
 

Monday, 21 May 2012

Kisah Kak Ana

 ”kekuatan sebenar manusia berada dalam jiwanya bukan pada anggota tubuhnya” – Alex Karras

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2007 ketika saya bertugas sebagai wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen. Pada tahun pertama bergelar wartawan penyiaran, saya ditugaskan mengendali program realiti bukan hiburan ’REALITI OKU’. Sebuah program yang mensasarkan golongan kelainan upaya (OKU) sebagai peserta. Pada awalnya, saya tidak tahu apa bentuk cabaran atau cara apabila perlu berdepan dengan golongan OKU yang terdiri daripada pelbagai bentuk kekurangan anggota – buta, bisu, pekak, cacat anggota tangan dan kaki, cerebral palsy dan pelbagai lagi.
Ketika sesi ujibakat di Ipoh, Perak saya bertemu dengan seorang wanita yang mengalami kecacatan anggota yang juga seorang kerdil. Saya memanggilnya Kak Ana dan beliau sanggup datang jauh daripada Pulau Pangkor menaiki feri, bus dan teksi semata-mata untuk menyertai ujibakat itu. Orangnya peramah dan tak lokek berkongsi cerita sepanjang perjalanannya ke sini. Paling mengejutkan, beliau ditipu dan hampir dinoda seorang pemandu teksi tidak bertanggung jawab dalam perjalanan ke tempat ujibakat. Pun begitu ia tidak mematahkan semangat wanita itu untuk datang.
Mungkin sudah tertera program realiti itu sebagai rezekinya, Kak Ana terpilih sebagai peserta bersama 9 lagi peserta OKU lain. Saya dipertanggung jawab mengikuti setiap perkembangan dan aktiviti Kak Ana dalam melaksanakan tugasan sebagai peserta program. Selama hampir 3 bulan mengikuti perjalanan peserta program, saya mengenali setiap seorang peserta di bawah pemerhatian saya, dan Kak Ana paling memberi kesan kepada perspektif dan kekuatan diri saya sebagai manusia yang sempurna anggota badan.
Semuanya bermula sekitar tahun 1960-an selepas sebuah keluarga kaya berketurunan Cina di Pulau Pangkor dikurniakan dua anak yang cacat anggota. Malu dengan fizikal mereka, bayi lelaki cacat pertama dibuang ke dalam tong ikan dan dibiar mati kelaparan. Namun kisah malang bayi tidak berdosa itu tidak dihebahkan dan menjadi detik hitam masyarakat di sana ketika itu. Apabila dikurniakan pula seorang bayi perempuan, juga cacat anggota, nasib sama hampir berulang sehinggalah ada insan perihatin mencadangkan bayi itu diberikan saja kepada orang lain. Akhirnya bayi itu diserahkan kepada sepasang suami isteri miskin dan tua yang tidak ada cahaya mata. Bayi cacat itu membesar dengan penuh kasih sayang dan didikan seperti anak-anak lain. Dek kecacatan dialami, si ibu tua akan mengendong anak itu ke sekolah dan berjalan hampir 10 km setiap pagi dan petang. Manakala si bapa pula akan ke laut mencari sumber rezeki buat mereka bertiga. Begitulah rutinnya seharian sehinggalah anak itu membesar.
Walaupun dibuang keluarga sendiri, suami isteri tua itu sering menanamkan sifat mulia agar anak itu tidak melupakan insan yang melahirkannya ke dunia, yakni ibu kandungnya sendiri. Dek pesanan itu, si anak akan ke rumah keluarga kandung pada setiap perayaan membawa kuih dan hadiah buat ibu. Malangnya kedatangan si anak disambut dengan cercaan dan hinaan malah makanan dibawa dilempar atau diberi makan anjing peliharaan. Pun begitu ia tidak pernah mematahkan semangat anak itu untuk terus mendapatkan restu ibu kandung. Begitulah saban tahun, masa bersilih ganti. Ibu angkat mengadap ilahi ketika anak itu masih di bangku sekolah, maka tinggallah si anak tadi dengan bapa yang semakin uzur pula.
Kini, pada usia 35 tahun, Kak Ana tetap gigih berjalan bertongkat besi melawat ibu kandung walaupun masih dihina dan dicerca, menjaga ayah angkat yang sudah uzur dan nyanyuk, bekerja setiap hari menjahit pakaian ditempah untuk menampung kehidupan. Tapi berkat kesabarannya, dia berjaya membuka perniagaan dan kedai jahitnya sendiri di Lumut. Memiliki sebuah rumah selesa buat dirinya dan ayah malah beliau baru saja bergelar isteri. Walaupun bersuamikan cacat juga, itu bukan satu halangan tapi satu lagi pencapaian menggembirakan.

Melihat dan mendengar sendiri satu persatu kejayaan dikecapi walaupun kecil membuatkan saya merasa lebih kerdil dan cacat daripada mereka. Mereka mampu mengatasi setiap ujian dalam hidup dengan tabah dan sabar. Saya bersyukur kerana Allah pertemukan Kak Ana dalam hidup saya. Kini, saya adalah adik angkat Kak Ana dan beliau pula mencurahkan nilai kesabaran dan ketabahan itu di dalam diri saya.

Inspirasi Daripada Sakit Jiwa

”setiap duka yang melanda, pasti ada hikmahnya”

Bipolar Dissorder. Saya pernah mendengarnya sebelum ini. Ia adalah masalah psikologi yang dibahagikan kepada dua tahap – Tahap 1 dan Tahap 2. Pada setiap tahap, ia dipecahkan pula kepada beberapa klasifikasi lain – Depression, Mania dan beberapa lagi. Pernah terlintas di fikiran yang saya mungkin mengidap penyakit ini kerana ia menjelaskan kekurangan skil sosial saya pada beberapa ketika. ’Mood swing’ daripada kesedihan kepada kegembiraan pada masa-masa tertentu. Perubahan sikap yang kadang kala penuh bersemangat kepada kemalasan tahap maksima. Pemarah pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan perubahan sikap positif dan negatif bersilih ganti.
Tetapi saya tidak mengambil serius hal itu kerana beranggapan ia perkara biasa dalam hidup manusia. Namun apabila beberapa orang rakan mula berbincang mengenai topik itu, saya mula tertarik mahu memeriksa lebih lanjut. Saya melayari internet dan melakukan carian mengenai penyakit itu secara terperinci, sehinggalah saya bertemu dengan sebuah laman web di mana kita boleh mengambil kuiz bagi mendiagnosis Bipolar Dissorder. Tanpa berlengah saya cuba menjawab soalan-soalan yang tertera.
Beberapa soalan kuiz begitu sinonim dengan diri saya. Saya tersenyum sendiri, beranggapan sudah pasti ia memberi saya markah yang tinggi pada skala Bipolar Dissorder.
Selesai menjawab kuiz, saya terkejut dengan markah tinggi yang diperolehi. Kuiz yang dijawab secara online itu tidak sepatutnya dianggap sebagai diagnosis formal untuk saya. Tetapi markah yang tinggi itu seolah-olah memberi satu petanda. ”Kamu berkemungkinan besar mengidap Bipolar Dissorder Stage 2 Manic Depression” Ayat itu tertulis di skrin komputer pada bahagian akhir kuiz!
Kemudian saya melihat pula pada senarai am yang terbahagi kepada dua tahap, iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Saya mendapat markah lebih daripada purata bagi semua Tahap 1, kecuali satu dua soalan saja. Mungkinkah saya pengidap Bipolar Dissorder Stage 2? Mengapakah selama lebih 30 tahun ini, saya tidak mengetahui semua ini?
Saya mula membaca catatan terperinci di laman web itu dan teruskan carian di laman lain pula menggunakan carian sama, siapa yang pernah lalui, bagaimana ia berlaku dan bentuk rawatan. Ia begitu menakjubkan walaupun pada ketika itu perasaan saya sedikit terganggu. Perkara yang sebelum ini saya rasakan biasa dan normal adalah petanda kuat bagi pengidap Bipolar Dissorder. Saya mula berfikir, patutlah saya dilanda pelbagai masalah ketika berhubungan dengan orang sekeliling, di tempat kerja dan cetusan rasa yang dilontar. Rupa-rupanya, saya bertindak dan berfikir melalui perspektif berbeza. Penemuan itu membuatkan saya mengorek lebih terperinci, membaca maklumat itu membuatkan saya seolah membaca kisah hidup sendiri.
Perasaan pertama yang menerpa adalah terkejut dan terganggu. Tapi perlahan-lahan saya berasa lega kerana akhirnya memahami punca perubahan sikap dan tindakan saya. Pun begitu, kelegaan itu juga disertai perasaan kecewa. Saya kecewa kerana kini mengetahui saya mengidap sejenis penyakit. Selepas penemuan memeranjatkan itu, saya terus membuat temujanji dengan doktor psikiatri di HUKM untuk mendapatkan pengesahan secara profesional. Memang sah! Saya mengidap Bipolar Dissorder Stage 2 Manic Depression!
Perasaan terkejut masih bertapak dalam hati saya. Saya terkilan dan kecewa kerana selama ini saya tidak mengetahui mengenai penyakit ini. Padahal Bipolar Dissorder boleh dikesan seawal umur remaja. Barangkali hidup saya lebih mudah sekiranya penyakit ini dapat dikesan lebih awal. Mungkin lebih mudah untuk saya belajar mengendali kekurangan ini dan belajar bagaimana pemikiran saya berbeza daripada orang sekeliling. Baru saya dapat memberi pemahaman kepada orang lain mengenai sindrom ini. Pasti saya tidak hilang ramai kawan sekiranya mengetahui lebih awal. Pasti juga saya tidak mengecewakan lebih ramai insan di sekeliling saya sebelum ini. Pasti saya juga tidak sebegini terluka dan kesunyian.
Sebahagian daripada diri saya mahu menyalahkan penyakit ini, terutamanya apabila berfikir semula penderitaan yang ditanggung selama ini. Juga kesannya kepada mereka yang saya sayangi. Namun saya tahu, masa tidak boleh diputar semula. Kedukaan ini sudah berlaku. Saya hanya berharap pada masa depan yang lebih baik. Realitinya tidak mudah untuk saya berubah pada usia menjangkau 30-an tahun ini.
Tetapi ilmu pengetahuan adalah segala-galanya. Kini saya mempersiapkan diri dengan pemahaman yang tinggi mengenai diri sendiri dan juga orang lain. Saya optimis ia dapat membantu.
Dalam tempoh itu, saya menangis tanda syukur. Saya melihat penyakit ini sebagai satu kelebihan dan bukan kekurangan. Saya tahu saya boleh mengubah daripada tahap mania ke akut dan normal jika saya terus melihat ia sebagai kekuatan. Saya tahu saya tidak perlu lagi menjadi pengidap Bipolar Dissorder Stage 2 Manic Depression tapi hanya pengidap Bipolar Dissorder Stage 2 sahaja. Membuang jauh definisi sinis yang lebih menjurus kepada sifat negatif tekanan dan kegilaan.
Penyakit ini satu kelebihan kerana saya kini lebih memahami beberapa orang kawan saya yang turut berdepan dengan diagnosis sama. Mereka kini adalah kawan rapat saya, kami memahami dan mengambil berat antara satu sama lain.
Saya menangis kesyukuran apabila terkenangkan mereka. Ada dua perkara yang jelas pada saya sekarang. Pertama, saya kini lebih memahami pengidap Bipolar Dissorder kerana ia boleh dilalui dengan cara positif. Kedua, berbanding dengan pengidap Bipolar Dissorder lain, saya lebih mudah berkomunikasi dengan mereka yang memiliki kedua-dua tahap. Oleh itu, saya umpama jambatan penghubung antara mereka.
Sejak kebelakangan ini, saya mula sedar keupayaan diri bagi membantu pengidap Bipolar Dissorder yang serius. Tidak ramai mempunyai kemampuan ini. Saya berupaya memberitahu rakan-rakan Bipolar dan normal mengenai cara mereka berfikir dan bertindak, juga apa yang diharapkan daripada mereka. Ini kerana saya sendiri sudah mengalaminya dan sedang menjalani perubahan itu.
Saya akui kadang kala saya ada melakukan kesalahan dan ia menyakitkan. Namun saya berjaya menangani cabaran-cabaran yang mendatang dan percaya setiap cabaran itu ada hikmahnya tersendiri. Saya berkongsi ilmu tidak seberapa ini dengan kawan-kawan Bipolar dan menjelaskan kepada mereka dan orang luar dengan cara yang mudah difahami.
Bipolar Dissorder yang saya hidapi diharap menjadi jambatan penghubung antara pengidap dan orang normal. Tatkala memikirkannya, saya menangis kesyukuran atas kurniaan dan anugerah yang tidak disangka ini.

Friday, 18 May 2012

Waras ke tidak?

WAKTU yang ada sepatutnya digunakan untuk mencari penyelesaian, bukan kesilapan. Tapi itulah dilema yang terpaksa aku depani bila hati kata tidak, tapi akal kata ya!
Why is it? Sebab bijak pandai ada berkata, pandangan hati itu bersih dan pandangan akal itu jujur. Ada insan di dunia menggunakan hati untuk membuat keputusan, dan adakalanya ia sangat tepat dan terbaik! Ada pula insan di dunia menggunakan akal untuk membuat keputusan, dan ada juga yang berjaya dan terbaik! (kalau tak, tak ada lah istilah 'boleh diterima dek akal' kan?)
Kata-kata bijak pandai juga betul bila bercakap soal 'jangan diikutkan hati' sebab bagi mereka, hati boleh memaling-maling emosi lantas memberi kesan kepada akal untuk membuat keputusan.
Jujurnya aku tahu banyak keputusan yang aku buat memang salah dan mengguriskan ramai pihak, tapi adakah mereka terima alasan aku bila aku cakap:
'I cant do anything because i cant control my emotions & thoughts due to my psycological dissorder'
Adakah mereka akan terima? Jawapan ku tidak, sebab mentaliti dan budaya kita masih belum mampu terima kehadiran masalah psikologi ini di dalam masyarakat.
Masalah ini dilihat sangat asing dan hanya direka-reka golongan barat yang kononnya bertujuan menakut-nakutkan orang kita, orang Melayu kita, orang Islam kita!
Walhal, ia memang wujud dan kenapa kita tidak terima kerana kita masih skeptikal dengan minda yang masih tertutup dengan kekangan-kekangan tradisional.
Aku tak kata benda tu salah! Aku juga tak kata benda tu betul! Its all in your head and how uguys menginterpretasikannya!
In my case (i've being saying this over & over & over) i am not 'waras' to think straight nor feel right!
But until when? Until semua orang faham, being a person with Bipolar Dissorder in Manic Stage is not a good excuse to every single action..

Trust me, there'll be more selagi kewarasan aku ni masih bernafas. Once dah takde nafas, then ok lah kot!

This Means War!

Entri semalam mendapat reaksi pelbagai daripada mereka yang faham dan tidak faham dengan situasi yang aku alami. Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku tidak dapat menolak akan ada insan yang melihat entri aku itu sebagai alasan untuk aku melepaskan diri.
Orang boleh terus bercakap pasal apa yang aku rasa, tapi mereka tidak akan sekali-kali faham apa yang aku rasa. Bercakap dan Faham, dua entiti berbeza!
Semalam juga ada insan-insan perihatin yang tak putus-putus menghantar sms dan 'call' meluahkan pendapat tersendiri.
Mereka yang meluahkan kata-kata inspirasi, aku ucapkan terima kasih dan memang aku perlukan sangat! Tapi kepada mereka yang sengaja terus menerus meluahkan provokasi, aku ucapkan terima kasih juga kerana usaha anda memang bijak untuk memadamkan rasa marah dan kebencian dalam diri.
Melihat hal ini, aku yakin sebenarnya dihimpit dua jenis manusia yakni orang yang Pesimis dan Optimis.

Orang Pesimis melihat gelas dengan separuh kosong.
Orang Optimis pula melihat gelas separuh penuh.

Jadi, anda yang mana satu?

Ramai beranggapann aku sengaja mencari keburukan, menyatakan keaiban dan sengaja mereka cerita. Aku minta maaf kerana sampai tahap itu sekali kalian fikirkan. Walhal sejujurnya aku lebih banyak mengiyakan keburukan dan keaiban aku sendiri, bukan?
Atas sebab apa mereka beranggapan begitu? Sebabnya mereka lakukan dan hulurkan bantuan dengan tidak ikhlas, oleh sebab itu mereka terus mengungkit dan berkata-kata. Apa perlunya menghulurkan bantuan tapi mengungkit semula? Apa perlunya membantu tapi tidak ikhlas?
Apakah keikhlasan itu lengkap dengan mengucapkan perkataan itu supaya didengar semua pihak? Sebagai pengidap Bipolar Dissorder, soalan-soalan itu akan terus ditembak dan ditelan.
Mereka yang faham dan cuba untuk faham akan tahu apa yang aku maksudkan, menjadi pengidap Bipolar Dissorder bukan bermakna menjadikan ia satu alasan, tapi ia menjadi satu cara untuk pengidap berteriak meminta bantuan. Jika orang lain dengan cara sendiri, aku pula dengan cara sendiri. Sama ada dapat terima atau tidak, 'you have to blend in'.
Memang keji dan susah menjadi pengidap 'sakit mental' macam ni, if they're in my shoes then they'll know why i did and say things i dont want or meant!
Percayalah, selepas ini aku akan terus diserang dari pelbagai sisi dan sudut pandang tersendiri. Sama ada serangan itu dari dalam jiwa aku sendiri atau dari insan sekeliling. TRUST ME! I'VE BEEN THERE!
The only time aku akan ok bila runtuhnya tembok ego yang berdiri kukuh antara entiti dua insan ini.